Topik diikuti
Pergi ke BHkuSimpati, penghormatan buat Aloysius Pang
Jan 27, 2019 | 5:30 AM
Simpati, penghormatan buat Aloysius Pang
ORANG ramai, selebriti dan ahli politik bergilir-gilir memberi penghormatan mereka kepada mendiang pelakon Aloysius Pang, semalam.
Meskipun upacara penghormatan terakhir pada sebelah pagi di MacPherson Lane itu dikhaskan buat VIP, keluarga atau rakan terdekat mendiang, orang ramai mula tiba seawal 10 pagi dan beratur untuk memasuki kawasan tersebut sebelum peringatan awam dibuka.