Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

SimplyIslam.sg agih 500 habuan kepada golongan berkeperluan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SimplyIslam.sg agih 500 habuan kepada golongan berkeperluan

Jumlah tertinggi pernah diagih, namun hanya $97,385 daripada $200,000 yang disasar dikumpul setakat ini
Apr 02, 2024 | 03:53 PM



Semangat kesukarelawan bukan sahaja sekadar menyumbang kembali kepada masyarakat, malah ia menjadi wadah bagi menunjukkan teladan baik kepada golongan muda agar mereka dapat turut menghayati erti di sebalik tugas selaku relawan.

Demikian yang ingin diterapkan oleh Encik Zaid Ahmad kepada anak tunggal dan anak saudaranya yang turut serta dalam pengagihan habuan ‘Ramadan Charity Basket’.

Dianjurkan pusat pendidikan SimplyIslam.sg buat tahun ke-17, acara pada 31 Mac di pusat tersebut di Still Road bertujuan mendekati masyarakat Muslim yang memerlukan dalam Ramadan.

“Sempena Ramadan, umat Islam digalakkan bersedekah dan meluangkan masa melakukan amal kebaikan.

“Apabila kami turun padang dan hantarkan bantuan ini kepada golongan berkeperluan, saya dapat ajar (anak dan anak saudara saya) wujudnya golongan sedemikian dan inilah salah satu cara yang kami dapat sumbang secara sukarela,” jelas Encik Zaid, 47 tahun.

Beliau menambah, ini kali ketiga keluarganya terlibat dalam acara sedemikian.

Kali ini, selain anak tunggalnya, beliau mengundang anak saudaranya, yang pertama kali terlibat sama.

Mereka merupakan antara sekitar 100 relawan yang turun padang untuk mengagihkan 500 habuan kepada golongan penerima di bawah naungan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), kawasan undi Pasir Ris East, Kelab Masyarakat Marine Parade, Kelab Masyarakat Sembawang dan SimplyIslam.sg.

Habuan tersebut mengandungi barangan runcit seperti beras, minyak masak dan sebagainya.

Sempena acara itu, satu majlis iftar bersama Kumpulan Harmoni Joo Chiat, penderma, sukarelawan dan pendukung pusat tersebut turut diadakan, dengan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, selaku tetamu terhormat.

Menurut Ketua Sumber Manusia dan Projek Khas, di SimplyIslam.sg, Cik Saira Elley, edisi kali ini menyaksikan jumlah pengagihan terbesar bagi acara tersebut.

Malah beliau menjelaskan bahawa masih ada lagi penerima yang diletakkan dalam senarai menunggu, memandangkan jumlah pemohon kali ini di luar jangkaan.

“Kami telah membuat persiapan (untuk pengagihan) kepada 500 keluarga tetapi masih ramai lagi yang memohon, jadi kami lihat ada peningkatan dalam jumlah pemohon,” kata Cik Saira.

Beliau menyifatkan pendedahan mengenai daya usaha itu, yang diuar-uarkan di media sosial, mungkin salah satu sebab jumlah pemohon meningkat.

Dalam pada itu, Cik Saira berkata pihaknya menyasarkan untuk mengumpulkan $200,000. Namun, pada kali ini, ia tidak menepati sasaran, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Setiap tahun, jumlah yang terkumpul menjangkau sasaran yang ditetapkan tetapi tahun ini (2024) mungkin kami tidak dapat tepati kerana saya berpendapat dana yang disumbangkan agak terpecah (teragih) – antaranya dana disalurkan bagi Gaza,” tambahnya.

Daripada laman rasmi acara tersebut, ia berjaya mengumpulkan sumbangan menjangkau sasaran iaitu $160,000 pada 2023, namun bagi 2024, sejumlah $97,385 daripada $200,000 yang disasarkan dikumpul setakat ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >