Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Simposium Bahasa Ibunda hidang pelbagai pameran, perkongsian

Jul 30, 2022 | 5:30 AM
METERAI MOU: (Dari kiri) Encik Saat, Encik Khaw, Encik Zaqy dan Cik Zuraidah hadir bagi majlis menandatangani MOU yang diadakan di auditorium SPH Media semalam. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
METERAI MOU: (Dari kiri) Encik Saat, Encik Khaw, Encik Zaqy dan Cik Zuraidah hadir bagi majlis menandatangani MOU yang diadakan di auditorium SPH Media semalam. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

LEBIH 40 pameran dalam talian dan hampir 30 sesi perkongsian mengenai cara menggalak anak dalam penghayatan bahasa ibunda daripada perspektif ahli akademik, pendidik, pakar kurikulum dan personaliti media akan berlangsung pada Simposium Bahasa Ibunda tahun ini.

Simposium tahunan edisi ke-11 itu, yang akan berlangsung pada 27 Ogos di Pusat Kebudayaan Republic di Politeknik Republic, bertujuan menggalak cinta kanak-kanak pada bahasa ibunda.

Bertemakan 'Taman Untuk Menerokai Kebahagian', acara anjuran Kementerian Pendidikan (MOE) bersama Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Pembelajaran Bahasa Ibunda (MTLLPCs) itu akan memberi tumpuan pada cara pendidik, ibu bapa dan rakan kongsi masyarakat boleh bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran menyeronokkan, bertenaga dan memupuk minat kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah untuk belajar dan menghargai bahasa ibunda mereka.

Ia juga akan menampilkan perbincangan panel secara langsung antara Menteri Pendidikan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, dan pengerusi MTLLPCS, iatu Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang; dan Anggota Parlimen GRC Sembawang, Encik Vikram Nair.

Mereka akan berbincang cara mewujudkan persekitaran pembelajaran bahasa ibunda yang riang dan gembira untuk kanak-kanak.

Ibu bapa dan anak-anak yang berminat boleh mendaftarkan minat mereka terlebih dahulu bagi menyertai bengkel interaktif seperti sesi pertuturan dan drama, penulisan puisi, serta bercerita menerusi Facebook dan Instagram.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg