Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sinar Harapan bantu pesakit barah untuk bangkit semula

Jun 8, 2021 | 5:30 AM
SINAR HARAPAN: Pesakit Barah menyertai kumpulan sokongan, Sinar Harapan dalam aktiviti mereka bentuk beg tote. Gambar diambil sebelum penularan Covid-19. - Foto ihsan RATNA MOHD SAID
SINAR HARAPAN: Pesakit Barah menyertai kumpulan sokongan, Sinar Harapan dalam aktiviti mereka bentuk beg tote. Gambar diambil sebelum penularan Covid-19. - Foto ihsan RATNA MOHD SAID -

PESAKIT barah perlu lebih banyak masa bukan sahaja untuk pulih secara fizikal, malah secara mental, kata Dr Teh Yi Lin, Pengarah, Pendidikan dan Perkhidmatan maklumat Barah, Divisyen Onkologi Perubatan Pusat Barah Kebangsaan Singapura (NCCS).

Menurut beliau, penyakit barah boleh mengubah kehidupan seseorang dan perjalanan seseorang pesakit untuk untuk pulih tidak tamat setelah menyelesaikan rawatan mereka.

Malah, pesakit didorong untuk memiliki rancangan rawatan yang membolehkannya meneruskan hidup secara selamat untuk menguruskan jangka panjang kesan rawatan, mempunyai jadual pengawasan serta strategi untuk menjaga kesihatan am yang baik.

Menurut Dr Teh, ia bukan luar biasa bagi mangsa penyakit barah mengambil masa untuk pulih secara fizikal dan mental.

"Mangsa barah mungkin akan mengalami gangguan fizikal yang berkaitan dengan rawatan dan harus belajar untuk mengatasinya.

"Selain itu, mereka juga mungkin mengalami pelbagai emosi dan prihatin, yang berkaitan dengan relaps penyakit barah atau menyesuaikan diri kembali kepada masyarakat.

"Untuk kembali sihat sepenuhnya memerlukan masa dan ketabahan," katanya.

Di NCCS, mangsa penyakit barah didorong untuk mempunyai rancangan seterusnya setelah menyelesaikan rawatan mereka.

Dr Teh, menjawab soalan Berita Harian (BH) menerusi e-mel, berkata mangsa penyakit barah di beri kuasa untuk mengenali simptom yang mungkin menunjukkan penyakit barah relaps serta menjangkau masyarakat untuk lebih banyak sokongan sekiranya perlu.

Sebagai contoh, mereka digalakkan untuk mengambil bahagian dalam pemulihan atau kembali ke program kerja, atau mendapat sokongan daripada mangsa barah yang lain melalui kumpulan sokongan.

"Maksud kehidupan yang berkualiti berlainan bagi setiap individu.

"Selepas menghidap barah, saya mendorong semua mangsa untuk meluangkan masa untuk merenungkan apa ertinya bagi mereka dan bagaimana mereka ingin menjalani kehidupan mereka.

"Keluarga, rakan-rakan, kakitangan penjagaan kesihatan serta masyarakat semuanya memainkan peranan untuk membolehkan mereka teruskan kehidupan dengan baik," kata Dr Teh sambil menambah bahawa ia penting bagi mangsa penyakit barah untuk tahu mereka tidak berseorangan dalam perjalanan ini.

Antara mereka yang telah melakukan perancangan itu adalah Cik Ratna Mohd Said, 66 tahun.

Beliau didiagnos mengalami barah buah dada tahap permulaan iaitu tahap 0-1 pada 2012, dan setakat ini telah menjalani pembedahan lumpektomi untuk membuang ketulan pada buah dadanya serta 30 sesi terapi radiasi.

Setelah selesai rawatannya, ibu kepada dua orang anak itu diperkenalkan kepada kumpulan sokongan Sinar Harapan di mana beliau telah banyak mempelajar mengenai penyakit barah daripada pesakit lain.

Menyertai sesi perkongsian tersebut, Cik Ratna berkata ia membuatnya banyak berfikir tentang kehidupan dan bagaimana beliau berasa bersyukur mengenai keadaannya.

"Ketika saya mendengar mengenai latar belakang mereka, saya mula berfikir, keadaan saya tidak mungkin seteruk mereka.

"Ada peserta lain relaps, ada yang mengalami penyakit barah tahap empat. Tetapi ketika mengongsi kisah mereka, mereka masih boleh bersenyum.

"Saya rasa, semasa mendengar cerita-cerita itu, saya mendapat kekuatan saya dari mereka," jelasnya.

Meskipun telah bebas daripada penyakit itu, pesara itu terus mengambil bahagian dalam kumpulan sokongan sehingga hari ini. Kini beliau merupakan ketua sukarelawan kumpulan tersebut dan terus membantu mereka yang memerlukan dalam kumpulan tersebut.

Mengongsi mengenai pengawasan dan remisi pula, Dr Teh berkata kedua-duanya agak berbeza.

Pengawasan bermaksud pemantauan rapi terhadap individu (yang telah menyelesaikan rawatan) untuk barah, manakala remisi bermaksud gejala barah yang tidak ada lagi serta sel barah yang telah dikeluarkan.

Setelah lima tahun dalam remisi, seseorang disyorkan pulih daripada penyakit barah.

Kata Dr Teh, semasa tempoh pengawasan, ia penting untuk terus mematuhi rancangan penjagaan setelah selesai rawatan.

"Elakkan tabiat yang meningkatkan risiko barah, contohnya, menghisap rokok atau pengambilan alkohol, kenaikan berat badan dan kegemukan, serta pendedahan cahaya matahari yang berlebihan," ujarnya.

Sekiranya terdapat rawatan yang gagal, Dr Teh berkata terdapat juga rawatan lain serta sokongan tambahan untuk mengurangkan simptom akibat penyakit barah supaya dapat terus meningkatkan kualiti kehidupan anda.

"Perkara ini biasanya berlaku apabila barah telah metastasis atau menjadi barah merebak, ke bahagian lain badan, dari mana ia bermula.

"Di NCCS, kami berusaha untuk menawarkan rawatan dan sokongan untuk membantu pesakit kita teruskan kehidupan mereka meskipun menghidapi penyakit barah.

"Bergantung kepada matlamat dan keperluan pesakit kita, kakitangan penjagaan kesihatan kita akan menawarkan rawatan yang sesuai seperti kemoterapi, imunoterapi, terapi sasaran atau terapi radiasi," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg