Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sinar Ramadan lebih lama di Marsiling

Mar 20, 2023 | 4:20 PM
LEBIH BERSINAR: Kawasan di luar Masjid An-Nur kelihatan terang diterangi lampu hiasan sempena Ramadan kali ini. - Foto PERSATUAN RAKYAT (PA)
LEBIH BERSINAR: Kawasan di luar Masjid An-Nur kelihatan terang diterangi lampu hiasan sempena Ramadan kali ini. - Foto PERSATUAN RAKYAT (PA) -

SEMANGAT Ramadan amat dirasakan di estet perumahan Marsiling menerusi satu penyalaan lampu hiasan dengan tempoh yang lebih lama selain lebih terang berbanding sebelum ini. Dilancarkan pada Sabtu lalu oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, penyalaan itu memaparkan ikatan kukuh dalam masyarakat dan meluaskan semangat Ramadan dari Masjid An-Nur sehingga ke Pasar dan Pusat Penjaja Marsiling. Dalam satu kenyataan Pejabat Kawasan Undi Marsiling yang dikeluarkan pada Sabtu, Encik Zaqy yang juga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Marsiling -Yew Tee berkata: "Penyalaan ini melambangkan perpaduan masyarakat kita. "Semasa kami mulakan inisiatif ini dua tahun lalu ketika puncak pandemik, kami mempunyai banyak sekatan yang dikenakan ke atas solat di masjid serta had yang dikenakan kepada pengunjung semasa lawatan Hari Raya. "Penyalaan lampu di sepanjang Marsiling Road ini dan meliputi seluruh masyarakat kita akan menyinarkan harapan serta semangat Ramadan di estet perumahan kita. "Tahun ini kita akan teruskan tradisi ini untuk berkongsi suasana indah ini sepanjang Ramadan."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg