Topik diikuti
Pergi ke BHkuSingapura antara 5 negara Asean ingin bida bersama anjur Piala Dunia 2034
Singapura antara 5 negara Asean ingin bida bersama anjur Piala Dunia 2034
Singapura antara 5 negara Asean ingin bida bersama anjur Piala Dunia 2034
BIDA BERSAMA: Singapura merupakan antara lima negara Asean yang membida jadi tuan rumah Piala Dunia 2034, bersama-sama Thailand, Indonesia, Malaysia dan Vietnam. -Foto fail. -
Oct 10, 2019 | 7:06 PM
LIMA negara Asean, termasuk Singapura, akan membuat bidaan bersama untuk menganjurkan Piala Dunia 2034.
Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn, pada Rabu (9 Oktober) mengumumkan bahawa negaranya akan memimpin bidaan bersama itu, yang turut disertai Indonesia, Malaysia dan Vietnam.
Cadangan untuk membida bersama itu telah disetujui semua pihak sewaktu Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) yang kelima berkaitan sukan di Manila pada hari yang sama, menurut Bangkok Post dalam laporannya.
