Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singapura dan EU akur mula bincang ke arah kerjasama digital

Feb 15, 2022 | 5:30 AM
e9e0459e-08e8-4607-89fd-8d33fcc3f762
-

SINGAPURA dan Kesatuan Eropah (EU) telah bersetuju untuk memulakan perbincangan ke arah kerjasama digital yang komprehensif dan memandang ke hadapan antara kedua-dua pihak.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, Pesuruhjaya EU bagi Pasaran Dalaman, Encik Thierry Breton, dan Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Encik S. Iswaran, mengesahkan semula cita-cita bersama mereka untuk membawa hubungan EU-Singapura yang teguh ke dalam alam digital, dan mengembangkan perdagangan serta kerjasama digital dua hala sebagai rakan kongsi yang sehaluan.

Encik Iswaran dan Encik Breton telah membincangan tentang kerjasama digital itu dalam satu persidangan video petang semalam.

Perincangan itu menyusuli persetujuan Singapura dan EU semasa mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan di bawah Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) Singapura-Kesatuan Eropah (EUSFTA) Disember lalu untuk mengukuhkan perdagangan digital dua hala dengan tujuan untuk maju ke arah sebuah kerjasama digital.

Menurut kenyataan semalam, kerjasama itu bertujuan memberi rangka kerja menyeluruh untuk mengukuhkan ketersambungan digital dan keupayaan pasaran digital dan rangka kerja dasar, serta memudahkan perdagangan digital antara EU dengan Singapura.

Isu yang mungkin ditangani termasuk infrastruktur digital yang selamat dan mampan, inovasi data dan aliran data yang boleh dipercayai, peraturan digital, pembangunan kemahiran digital untuk pekerja, dan transformasi digital perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), dan perkhidmatan awam.

Encik Breton dan Encik Iswaran bersetuju untuk melancarkan bengkel teknikal secepat mungkin bagi menumpukan skop kandungan dan proses kerjasama digital itu untuk berusaha ke arah satu perjanjian politik tahun ini.

Apabila kerjasama digital itu ditandatangani, sebuah mesyuarat tahunan peringkat menteri yang diketuai oleh Encik Breton dan Encik Iswaran akan dibentuk untuk mengemudi kemajuan pada keutamaan bersama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg