Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singapura dan Malaysia dijangka buat keputusan tentang HSR dan RTS tidak lama lagi

Aug 30, 2018 | 3:22 PM
BAKAL BUAT KEPUTUSAN: Menerusi laman Facebook beliau, Encik Khaw berkata beliau bertemu dengan Encik Azmin di Singapura.
BAKAL BUAT KEPUTUSAN: Menerusi laman Facebook beliau, Encik Khaw berkata beliau bertemu dengan Encik Azmin di Singapura. - Foto FACEBOOK/ KHAW BOON WAN

MALAYSIA dan Singapura dijangka membuat keputusan tentang projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan projek laluan Sistem Transit Laju (RTS) yang menghubungkan Johor Baru dengan Singapura tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan hari ini (30 Ogos).

Menerusi laman Facebook beliau, Encik Khaw yang juga Menteri Penyelaras bagi Prasarana berkata beliau telah bertemu dengan Menteri Ehwal Ekonomi Malaysia, Encik Azmin Ali, dan mereka sedang memikirkan idea bagaimana untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.

"Kami akan mengumumkan keputusan bersama kami tentang RTS dan HSR tidak lama lagi," kata Encik Khaw.

Kedua-dua menteri juga telah bertemu di Putrajaya minggu lalu untuk berbincang tentang projek HSR itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg