SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Singapura kekal sebagai ekonomi kedua paling berdaya saing di dunia

Singapura kekal sebagai ekonomi kedua paling berdaya saing di dunia

Sep 30, 2015 | 10:44 AM

Singapura kekal sebagai ekonomi kedua paling berdaya saing di dunia

-

SINGAPURA mengekalkan kedudukannya sebagai ekonomi kedua paling berdaya saing di dunia tahun ini, meskipun terdapat kebimbangan mengenai kenaikan kos perniagaan, dasar buruh lebih ketat dan pertumbuhan perlahan.

Ini tahun kelima berturut-turut Singapura muncul di tempat kedua di belakang Switzerland, yang menduduki tempat pertama dalam Laporan Daya Saing Global tahunan, yang disiapkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Ranking 140 negara itu dilihat sebagai penilaian daya saing paling menyeluruh.

WEF berkata Singapura antara negara paling konsisten, mencatat pretasi baik dalam kesemua 12 faktor yang dinilai, seperti prasarana, kesihatan dan pendidikan, dan kesediaan teknologi.

Republik ini mencatat prestasi baik terutama dari segi kecekapan pasaran barangan, buruh dan kewangan, menurut WEF.

Khususnya, Singapura boleh bergantung pada pasaran buruh paling fleksibel dan kedua paling menarik di dunia, walaupun penyertaan tenaga kerja wanita masih rendah.

"Dengan sistem pendidikan dan latihan lebih tinggi terbaik di dunia, Singapura dalam kedudukan baik untuk meningkatkan penggunaan teknologi, kecanggihan perniagaan dan inovasi," ujar WEF.

Faktor-faktor tersebut juga menyumbang kepada Switzerland muncul di tempat paling atas ranking daya saing itu.

Amerika Syarikat mengekalkan kedudukan nombor tiganya. Dua lagi ekonomi Asia selain Singapura - Jepun dan Hong Kong - juga berada dalam kedudukan 10 teratas.

Kedudukan negara Asean utama lain ialah: Malaysia (18), Thailand (32), Indonesia (37), Filipina (47) dan Vietnam (56).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg