SKIM untuk melabel perkakas rumah bagi menunjukkan tahap keselamatan siber alat itu telah dilancar di Singapura, dengan rancangan menjadikan piawaian tersebut diterima di peringkat antarabangsa.
Skim Melabel Keselamatan Siber (CLS) itu dijangka serupa dengan label bagi penggunaan tenaga, dan memperuntuk tahap keselamatan berperingkat untuk membantu pengguna membuat pilihan lebih bijak semasa membelinya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg