Topik diikuti
Pergi ke BHkuSingapura, Malaysia perlu patuh Perjanjian Air
Singapura, Malaysia perlu patuh Perjanjian Air
Namun PM Lee akur keprihatinan Malaysia; lahir harapan terus berbincang secara konstruktif demi capai kemajuan
Singapura, Malaysia perlu patuh Perjanjian Air
SEMANGAT MUHIBAH: PM Lee (kiri) serta sembilan menteri Kabinetnya mengadakan mesyuarat dengan Dr Mahathir (kanan) serta sembilan menteri beliau dalam Rahat Pemimpin yang diadakan di Putrajaya semalam. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Apr 10, 2019 | 5:30 AM
DARI PUTRAJAYA, MALAYSIA: PERJANJIAN air adalah dokumen asas penting bagi Singapura dan Malaysia, dan kededua negara perlu mematuhi syarat-syarat perjanjian itu, tegas Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Dalam sidang media bersama rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perdana Putra di akhir Rahat Pemimpin semalam, Encik Lee berkata beliau faham ia adalah satu keperluan politik bagi Malaysia untuk bertegas agar harga air di bawah Perjanjian Air 1962 itu disemak.