Topik diikuti
Pergi ke BHkuSingapura, tiga anggota Asean perkukuh hubungan pertahanan
Singapura, tiga anggota Asean perkukuh hubungan pertahanan
Singapura menikmati hubungan erat dengan negara jiran, antaranya Malaysia, Indonesia dan Filipina. Tokoh pimpinan tentera ketiga-tiga negara itu baru-baru ini menemui Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen bagi mempererat hubungan pertahanan dan membincangkan rancangan meningkatkan kerjasama antipengganasan. Ikuti laporan berikut.
Singapura, tiga anggota Asean perkukuh hubungan pertahanan
Oct 6, 2018 | 5:30 AM
PUCUK pimpinan kementerian pertahanan tiga negara rantau ini masing-masing mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen sepanjang minggu ini bagi mempererat hubungan pertahanan.
Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu dan Setiausaha Rendah Pertahanan Nasional Filipina Cardozo Luna serta Setiausaha Rendah bagi Operasi Pertahanan Filipina Cesar Yano menemui Dr Ng kelmarin, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef).