Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SingCERT nasihat agar pengguna waspada setelah Facebook digodam

Sep 29, 2018 | 8:50 PM
Ketua eksekutif Facebook, Encik Mark Zuckerberg menyifatkan penggodaman itu 'isu keselamatan amat serius'. - Foto AFP
Ketua eksekutif Facebook, Encik Mark Zuckerberg menyifatkan penggodaman itu 'isu keselamatan amat serius'. - Foto AFP -

KUMPULAN Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCERT) mengeluarkan nasihat selepas penggodam mencuri kod-kod masuk (login) digital Facebook.

Facebook mendedahkan sehingga 50 juta akaun pengguna dicuri dalam kes terburuk berdasarkan jumlah akses yang diperolehi.

Ia disifatkan sebagai 'isu keselamatan amat serius' oleh ketua eksekutif Facebook, Encik Mark Zuckerberg.

SingCert berkata penggodam mengeksploitasikan ciri 'View As' dalam Facebook bagi memasuki akaun pengguna secara haram dan boleh mendapat maklumat peribadi pengguna.

Penggodam akan cuba menggunakan maklumat itu bagi mewujudkan laman 'phishing' yang bertujuan memancing pengguna.

SingCERT menasihati pengguna agar berhati-hati terhadap percubaan memancing ke laman yang cuba menipu itu atau tidak menjawab panggilan atau e-mel yang mencurigakan.

Pengguna juga harus memantau jika terdapat tanda-tanda akaun Facebook mereka disalahguna.

Mereka juga digalak menggunakan sistem pengesahan dua faktor bagi keselamatan akaun lebih baik, kata SingCERT.

Untuk mendapatkan panduan bagi amalan siber yang baik, lungsuri https://www.csa.gov.sg/gosafeonline/go-safe-for-me/homeinternetusers/cyber-tips-4-you

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg