Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singkap sejarah Perang Dunia Kedua di BUKIT CHANDU

Sep 7, 2021 | 5:30 AM
DINAIK TARAF: Halaman luar muzium 'Reflections at Bukit Chandu', iaitu sebuah banglo dua tingkat binaan zaman penjajahan pada 1930 dahulu, yang mana di depannya terletak sebuah skulptur kru mortar askar Rejimen Melayu sebagai peringatan terhadap keberanian dan kesetiaan askar-askar tersebut dalam perang. - Foto-foto BH oleh KUA CHEE SIONG
DINAIK TARAF: Halaman luar muzium 'Reflections at Bukit Chandu', iaitu sebuah banglo dua tingkat binaan zaman penjajahan pada 1930 dahulu, yang mana di depannya terletak sebuah skulptur kru mortar askar Rejimen Melayu sebagai peringatan terhadap keberanian dan kesetiaan askar-askar tersebut dalam perang. - Foto-foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

Rakaman arkib wira perang Leftenan Adnan Saidi yang tidak pernah ditunjukkan kepada orang ramai kini merupakan sebahagian daripada pameran yang menawarkan pengalaman imersif di muzium 'Reflections at Bukit Chandu' yang memberi peringatan kepada keberanian dan kesetiaan askar-askar Rejimen Melayu ketika Perang Dunia Kedua. Selepas tiga tahun menjalani kerja-kerja naik taraf, muzium Perang Dunia Kedua di 31-K Pepys Road - yang terletak tidak jauh daripada tapak pertempuran terakhir askar-askar itu mempertahankan diri mereka sebelum ditewaskan tentera Jepun - dibuka semula pada Khamis, 9 September ini. Pameran yang diadakan di muzium itu mempamerkan kandungan menarik dan interaktif, dengan menceritakan sejarah pertempuran terakhir Rejimen Melayu di Bukit Chandu yang berdepan dengan musuh yang melebihi bilangan mereka sebelum Singapura menyerah kalah kepada Jepun. Wartawan HARITH MUSTAFFA (harithr@sph.com.sg) menyorot.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg