Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SingPost beri amaran perihal mesej 'cabutan bertuah' palsu

Feb 8, 2019 | 7:30 PM
MESEJ PALSU: SingPost beri amaran kepada orang ramai tentang mesej 'cabutan bertuah' palsu.
MESEJ PALSU: SingPost beri amaran kepada orang ramai tentang mesej 'cabutan bertuah' palsu. - Foto FACEBOOK / SINGAPORE POST

SINGPOST telah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya oleh satu mesej palsu yang tersebar.

SingPost telah memuat naik gambar satu mesej palsu itu di laman Facebook mereka semalam (7 Februari).

Mesej itu mendakwa bahawa penerimanya telah menang hadiah dalam 'cabutan bertuah Januari' SingPost dan mengarahkan penerima untuk menekan satu pautan untuk mendapatkan hadiah mereka.

Jurucakap SingPost berkata mesej palsu itu memaparkan pautan yang berbeza tetapi salah satu daripadanya membawa pengguna kepada satu laman web palsu dengan logo SingPost.

SingPost telah melaporkan hal itu kepada polis.

Menerusi laman Facebook mereka, SingPost menasihatkan orang ramai yang menerima mesej, panggilan atau e-mel yang didakwa daripada SingPost agar tidak memberi maklumat peribadi mereka atau memindahkan wang sekiranya diminta melakukan demikian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg