SINGAPORE Post semalam melancarkan satu set setem kenangan yang menampilkan bangunan terkemuka yang dihiasi tanaman hijau di Singapura.
Pada ukuran 81.6 milimeter, setem itu merupakan yang tertinggi pernah dikeluarkan di sini, kata Singapore Post.
Setem itu memaparkan enam projek bangunan dihiasi dengan kehijauan yang dibina oleh pemaju awam dan swasta dalam tempoh 10 tahun lalu.
Enam bangunan itu ialah Hospital Khoo Teck Puat, Oasia Hotel Downtown, Kampung Admiralty, Jewel Lapangan Terbang Changi, SkyTerrace@Dawson, dan Muzium Sejarah Alam Lee Kong Chian.
Enam mercu tanda itu menerapkan kehijauan seni bina, sejajar dengan program Memperindah Sekitaran Bandar dan Tingkat Tinggi (Lush) oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg