Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SingPost lancar wadah baru untuk nilai posmen

Jul 16, 2019 | 4:09 PM
NILAI POSMEN ANDA: SingPost akan mengirimkan hampir dua juta set magnet kepada penduduk dan unit perniagaan di Singapura sebagai sebahagian kempen MyPostman.
NILAI POSMEN ANDA: SingPost akan mengirimkan hampir dua juta set magnet kepada penduduk dan unit perniagaan di Singapura sebagai sebahagian kempen MyPostman. - Foto KHALID BABA

MULAI hari ini (16 Julai), penduduk Yishun dan Bukit Timah akan mengenali posmen mereka dan menilai mereka menerusi satu saluran maklum balas baru yang dilancarkan SingPost untuk meningkatkan tahap perkhidmatan mereka dan menangani isu berhubung peti surat dengan lebih cepat.

Penduduk yang tinggal di kawasan yang poskodnya bermula dengan 58, 59, 65 dan 76 boleh melungsuri laman web mypostman.sg untuk membaca biografi posmen di kawasan perumahan mereka.

Penduduk juga boleh memberi posmen itu penilaian dan komen yang akan dikongsikan dengan mereka, kata SingPost.

Daya usaha ini akan diperkenal bagi penduduk di seluruh negara menjelang Oktober.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg