Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SingPost naikkan kadar pos, kirim barang mulai bulan depan

Dec 18, 2022 | 5:30 AM
Profesor Faishal Ibrahim bersama Cik Haslinda (bertudung) sedang melakukan kegiatan di acara Projek 'Sew Butang' anjuran Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) pada hari ini (24 Dis).
Profesor Faishal Ibrahim bersama Cik Haslinda (bertudung) sedang melakukan kegiatan di acara Projek 'Sew Butang' anjuran Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) pada hari ini (24 Dis). - NUR DIYANA TAHA

SYARIKAT penghantaran surat dan barangan, Singapore Post (SingPost), akan menaikkan kadar bayaran untuk mengirim surat dan barang tahun depan disebabkan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

GST akan dinaikkan daripada 7 kepada 8 peratus mulai Januari 2023 dan kepada 9 peratus mulai Januari 2024.

Kadar bayaran bagi khidmat pengiriman tempatan tertentu juga akan dinaikkan antara 2 dengan 10 sen menjelang 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif (Singapura) SingPost, Cik Neo Su Yin, berkata kadar bayaran itu juga disemak di tengah-tengah kenaikan kos luar biasa dari segi tenaga manusia, minyak dan elektrik akibat didorong tekanan inflasi.

"SingPost telah menampung kesan kenaikan kos tenaga manusia, minyak dan elektrik yang didorong tekanan inflasi ini.

"Semakan kadar ini akan membantu kami memastikan kami dapat terus menawarkan perkhidmatan kami dengan piawaian tinggi serta membolehkan kami beroperasi dengan berdaya tahan, dengan kenaikan GST akan datang," ujarnya.

Kadar bayaran bagi mel asas biasa atau 'standard' dengan berat hingga 20 gram akan dinaikkan kepada 31 sen tahun depan dan 32 sen mulai 2024, berbanding 30 sen sekarang.

Mel asas biasa dengan berat hingga 40 gram pula akan dinaikkan kepada 38 sen tahun depan dan 39 sen mulai 2024, berbanding 37 sen sekarang.

Harga setem tempatan bagi barang berat hingga 20 gram pula akan ditetapkan sebanyak 31 sen mulai tahun depan, manakala harga setem tempatan bagi barang hingga 40 gram ditetapkan 38 sen.

Orang ramai yang mempunyai setem itu sekarang boleh terus menggunakannya tahun depan, tanpa perlu menokok perbezaan harganya.

Sementara itu, harga bagi kiriman boleh dijejak, yang kini antara $2.55 dengan $3.40, juga akan dinaikkan tahun depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg