Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singtel beri amaran usah terpedaya dengan panggilan tipu

Nov 20, 2020 | 9:12 PM
BERHATI-HATI: Singtel memberi amaran kepada orang ramai agar berjaga-jaga dengan penipuan yang dilakukan menerusi panggilan telefon dengan menyatakan jumlah panggilan sedemikian meningkat seganda tahun lalu. - Foto FAIL
BERHATI-HATI: Singtel memberi amaran kepada orang ramai agar berjaga-jaga dengan penipuan yang dilakukan menerusi panggilan telefon dengan menyatakan jumlah panggilan sedemikian meningkat seganda tahun lalu. - Foto FAIL -

SINGTEL memberi amaran kepada orang ramai agar berjaga-jaga dengan penipuan yang dilakukan menerusi panggilan telefon dengan menyatakan jumlah panggilan sedemikian meningkat seganda tahun lalu.

Seorang jurucakap Singtel berkata pada Jumaat (20 November) bahawa pelanggan syarikat telekomunikasi itu menerima lebih 5,000 panggilan sejauh ini tahun ini, dengan si pemanggil menyamar sebagai pegawai langganan dan sokongan teknikal.

Paling kerap atau sekitar 10 peratus daripada panggilan yang dibuat berupa penipuan sokongan teknikal yang menghubungi pelanggan untuk menamatkan khidmat Singtel.

Bilangan ini hanyalah gambaran penipuan yang dilaporkan kepada Singtel, syarikat telekomunikasi terbesar dengan sekitar 50 peratus saham pasaran. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg