Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singtel, SMRT lancar kempen promosi bakat seni pelajar keperluan khas

Nov 14, 2023 | 6:08 PM
HARGAI BAKAT SENI:  Kempen ‘Expression through Art’  dimulakan dengan pelancaran kereta api bertema seni bersama Cik Jane Ittogi Shanmugaratnam (tengah), Ketua Eksekutif Kumpulan Singtel, Encik Yuen Kuan Moon (tiga dari kanan), Ketua Pegawai Rakyat dan Kemapanan Kumpulan Singtel dan Pengerusi Singtel Touching Lives Fund (STLF), Cik Aileen Tan (dua dari kiri) dan Pengerusi SMRT Encik Seah Moon Ming (tiga dari kiri).
HARGAI BAKAT SENI: Kempen ‘Expression through Art’ dimulakan dengan pelancaran kereta api bertema seni bersama Cik Jane Ittogi Shanmugaratnam (tengah), Ketua Eksekutif Kumpulan Singtel, Encik Yuen Kuan Moon (tiga dari kanan), Ketua Pegawai Rakyat dan Kemapanan Kumpulan Singtel dan Pengerusi Singtel Touching Lives Fund (STLF), Cik Aileen Tan (dua dari kiri) dan Pengerusi SMRT Encik Seah Moon Ming (tiga dari kiri). - Foto SINGTEL

Kempen penglibatan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran tentang keupayaan pelajar keperluan khas di Singapura untuk memupuk masyarakat yang lebih inklusif, telah dilancarkan Singtel, dengan kerjasama SMRT Corporation (SMRT).

Kempen sebulan bermula Selasa, sebahagian daripada inisiatif Singtel Touching Lives Fund (STLF) dan Expressions Through Art, menyediakan platform awam untuk pelajar dari 24 sekolah pendidikan khas (SPED) mempamerkan bakat seni mereka.

Koleksi daripada kempen ini menampilkan pelbagai adegan dari kehidupan seharian yang dicipta oleh pelajar SPED berumur tujuh hingga 18 tahun.

Sebanyak 36 reka seni ini juga akan dipamerkan di tingkap dua kereta api SMRT bertema seni eksklusif yang akan berlangsung di sepanjang laluan SMRT Utara-Selatan, Timur-Barat dan Circle, serta merentasi platform publisiti seperti panel poster dan skrin digital Stellar Ace di stesen MRT terpilih di seluruh pulau selama kira-kira sebulan, sehingga Disember 2023.

Stellar Ace, cabang pengiklanan luar rumah SMRT, ialah rakan media eksklusif Singtel untuk kempen ini.

Semua karya seni juga akan dipamerkan di 313@Somerset sehingga 19 November 2023.

Pameran pertama Expressions Through Art Singtel telah dianjurkan pada 2022 untuk menandakan ulang tahun ke-20 STLF.

Sejak 2002, STLF telah mengumpulkan lebih $57 juta untuk memenuhi keperluan pendidikan kritikal kanak-kanak dan belia keperluan khas, termasuk enam sekolah SPED.

LUKISAN JARI: Reka seni hasil Syahriin Jordan Abdul Hamid, tujuh tahun, pelajar Sekolah APSN Chaoyang, menggunakan eksperimen lukisan jari dalam setiap aplikasi warna mengambil masa beberapa minggu.
LUKISAN JARI: Reka seni hasil Syahriin Jordan Abdul Hamid, tujuh tahun, pelajar Sekolah APSN Chaoyang, menggunakan eksperimen lukisan jari dalam setiap aplikasi warna mengambil masa beberapa minggu. - Foto SINGTEL
LUKISAN UNIK: Nur Dania Abdullah, 11 tahun, pelajar Sekolah APSN Chaoyang, meraikan bagaimana warna dan corak boleh menjadi ajaib apabila disatukan. Lukisannya seperti pesta bentuk dan warna, membuatkan semua orang gembira dan teruja.
LUKISAN UNIK: Nur Dania Abdullah, 11 tahun, pelajar Sekolah APSN Chaoyang, meraikan bagaimana warna dan corak boleh menjadi ajaib apabila disatukan. Lukisannya seperti pesta bentuk dan warna, membuatkan semua orang gembira dan teruja. - Foto SINGTEL
CETAK DAUN: Karya hasil Nur Izzah Arina Imran, 16 tahun, pelajar sekolah APSN Tanglin direka dengan mencetak daun ke kertas. Ia memberinya masa untuk berfikir dan menghargai musim.
CETAK DAUN: Karya hasil Nur Izzah Arina Imran, 16 tahun, pelajar sekolah APSN Tanglin direka dengan mencetak daun ke kertas. Ia memberinya masa untuk berfikir dan menghargai musim. - Foto SINGTEL
TINTA CINA: Karya hasil Aryan Syadi Mohamed Affendi, 12 tahun, pelajar Sekolah Grace Orchard, merupakan hasil tafsiran moden daripada seni tradisional  lukisan tinta Cina.
TINTA CINA: Karya hasil Aryan Syadi Mohamed Affendi, 12 tahun, pelajar Sekolah Grace Orchard, merupakan hasil tafsiran moden daripada seni tradisional lukisan tinta Cina. - Foto SINGTEL
Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg