Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siren selama seminit akan dibunyikan pada 6.20 petang pada 15 Feb, Hari Pertahanan Mutlak

Feb 13, 2019 | 2:11 PM
3c4386d7-ac9d-453a-8909-641db60148b1
-

Bunyi tersebut merupakan isyarat "Mesej Penting" yang akan dimainkan di seluruh Singapura oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sempena Hari Pertahanan Mutlak.

SCDF berkata melalui satu kenyataan Rabu lalu bahawa siren tersebut akan dibunyikan selama seminit menggunakan siren sistem amaran awam (PWS) seluruh Singapura.

Ia akan dimainkan pada 6.20 petang- menandakan detik penting apabila pihak British menyerah kepada kuasa Jepun pada hari yang sama lebih 70 tahun lalu pada 1942.

"Bunyi PWS itu menekankan pentingnya mengingati detik bersejarah itu," kata SCDF.

Setelah mendengar "Mesej Penting" itu Jumaat nanti, anda boleh mendengar atau menyaksikan mesej pendek tentang PWS itu di radio dan televisyen.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg