Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siri dalam talian kendalian Pergas akan sentuh isu keluarga, wanita

Aug 27, 2021 | 5:30 AM
BINCANG ISU: 'The Alamak Stories' terbitan Pergas akan menampilkan (dari kanan) Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman dan Ustazah Kalthom Muhammad Isa dengan Ustazah Zahratur Rofiqah Mochamad Sandisi selaku pengacara. - Foto PERGAS
BINCANG ISU: 'The Alamak Stories' terbitan Pergas akan menampilkan (dari kanan) Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman dan Ustazah Kalthom Muhammad Isa dengan Ustazah Zahratur Rofiqah Mochamad Sandisi selaku pengacara. - Foto PERGAS -

PERSATUAN Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas) akan memulakan siri rancangan dalam talian baru, The Alamak Stories, sebagai sebahagian Pergas TV Originals.

Terbitan Pergas, usaha itu bertujuan berkongsi pelbagai cerita dan isu yang berlaku dalam kalangan pasangan, keluarga dan wanita dalam masyarakat.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), pasukan media digital Pergas berkata sebahagian peranan utama Pergas adalah menyediakan kepimpinan dan bimbingan keagamaan yang boleh dipercayai dan relevan berhubung isu yang dihadapi masyarakat setempat.

Justeru, perlu ada perbincangan secara objektif mengenai isu yang hangat diperdebatkan di media sosial.

Selain meningkatkan kesedaran secara positif mengenai isu-isu berkenaan, Pergas juga akan memberi bimbingan dan langkah-langkah yang boleh diambil agar mereka yang menonton mempunyai keyakinan untuk membuat keputusan, menurut pasukan itu.

"Apabila kami mengimbas pelbagai komen dan kisah yang dikongsi dalam talian, reaksi pertama adalah 'alamak', yang merangkumi perasaan tidak percaya, renungan kepada masa lalu, sifat ingin tahu tanya.atau keperluan untuk tindakan segera," kata jurucakap pasukan media digital Pergas.

Mengikuti format rancangan bual bicara, ia akan menyentuh pelbagai tema seperti cabaran wanita, perhubungan dalam perkahwinan, serta hubungan keluarga.

Ia akan disiarkan di saluran Pergas TV di YouTube sebulan sekali pada Sabtu terakhir setiap bulan bermula jam 8 malam.

Rancangan selama 45 minit itu sesuai untuk mereka yang berusia 25 tahun dan ke atas.

Ia menampilkan Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman, Ustazah Kalthom Muhammad Isa dan Ustazah Zahratur Rofiqah Mochamad Sandisi selaku pengacara.

Tetamu undangan juga akan ditampilkan bergantung pada topik yang dibincangkan.

Episod pertama The Alamak Stories akan bermula esok berkaitan topik berkhatan.

Para panelis akan mengemukakan pandangan agama, sains daripada ulama serta pakar, diikuti dengan bimbingan dan panduan dalam menghadapi situasi ini, menurut pos yang dimuatnaik di Instagram pergassingapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg