Siri 'Fake' ajak penonton bezakan antara berita benar dan palsu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siri 'Fake' ajak penonton bezakan antara berita benar dan palsu

Sep 21, 2021 | 5:30 AM

Siri 'Fake' ajak penonton bezakan antara berita benar dan palsu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
'FAKE': Ikuti hos selebriti tempatan, Farah Lola dan Hans Ashrie (gambar atas) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fenomena berita palsu yang kini kian berleluasa. - Foto BH VISUALS
'FAKE': Ikuti hos selebriti tempatan, Farah Lola dan Hans Ashrie (gambar atas) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fenomena berita palsu yang kini kian berleluasa. - Foto BH VISUALS -

Persamaan dalam perbezaan. Itulah matlamat yang ingin ditonjolkan siri video 'Faces of Faith' terbitan BERITA HARIAN (BH). Antara lain, siri video enam episod itu menyerlahkan amalan-amalan seperti berpuasa, cara pemakaian dan penggunaan tasbih yang diamalkan pengikut pelbagai agama di sini. Selain 'Faces of Faith', siri video 'Fake' pula mengupas fenonena berita palsu atau 'fake news', selain memberi panduan bagaimana orang ramai boleh melindungi diri daripada menjadi mangsa, atau menyebarkan berita palsu. Kededua siri video ini diterbitkan dengan sokongan pendanaan Perkhidmatan Penyiaran Awam (PSB).

BERITA hangat yang dikongsi terlalu cepat boleh menjadi 'hangit' jika ia tidak benar dan palsu.

Siri 'Fake: Sabar Jangan Sebar' terbitan Berita Harian bertujuan memberi pencerahan mengenai fenomena berita palsu yang kini kian berleluasa menjadi masalah di serata dunia.

Hos selebriti tempatan, Hans Ashrie dan Farah Lola, meninjau jenis-jenis berita palsu, cara ia disebarkan serta kesannya dalam siri enam episod itu.

Beberapa pakar juga ditampilkan untuk memberikan tip serta nasihat untuk memastikan orang ramai dapat membezakan berita palsu daripada yang benar.

Antara topik lain yang disentuh termasuk perspektif Islam yang membandingkan menyebar berita palsu seolah-olah menyebar fitnah, dengan beberapa asatizah yang telah memberikan pandangan mereka.

Salah seorang guru dari Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Ustaz Dr Fadli Ayub, membandingkan orang yang menyebarkan berita palsu serupa dengan orang yang membawa fitnah kerana ia sesuatu yang dipandang serius dari sudut pandangan agama.

Mengulas, Dr Fadli berkata: "Ini merupakan subjek yang serius dalam Islam... (Menurut riwayat hadis) apabila Rasullullah saw ditanya tentang orang yang berbohong, atau kebiasaannya itu berbohong, Rasulullah saw berkata: 'Tidak dia bukan di antara orang yang beriman.'"

Dalam pada itu, mengupas dari segi undang-undang peguam dari IRB Law LLP, Encik Norhakim Md Shah berkata:

"Kadang perkongsian ini bukan sekadar 'sharing is caring', tapi boleh mengakibatkan seseorang itu dipenjara.

"Dalam penyebaran maklumat palsu ini terdapat dua implikasi: yang pertama secara sivil, orang boleh saman malu. Yang kedua, sekiranya beliau melakukan perkara sebegitu dengan membuat akaun palsu atau 'bot', beliau boleh didenda hingga $100,000 dan juga 10 tahun penjara," katanya.

Sementara itu, siri tersebut juga meninjau jenis-jenis maklumat 'deep fake', di mana seseorang boleh menggunakan sintesis imej manusia berdasarkan kecerdasan buatan dan membuat foto atau video palsu itu kelihatan realistik.

Dalam episod lain, selebriti undangan tempatan termasuk Fakkah Fuzz dan Hyrul Anuar, diundang dan diuji keupayaan mereka untuk membezakan berita yang betul dan yang palsu.

Menerusi siri itu juga, penonton dapat meraih panduan daripada pakar akan cara-cara terbaik untuk memastikan berita, foto atau video yang ditatap itu bukan palsu.

Ini termasuk dengan menggunakan kaedah memuat naik gambar yang diperolehi ke Google menerusi google.image.com untuk memastikan kesahihannya.

Wartawan Berita Harian turut diundang untuk memberikan tip dan nasihat supaya dapat periksa sendiri kesahihan maklumat tersebut.

Siri tersebut boleh ditonton menerusi pautan Facebook https://bit.ly/FAKEplaylist atau https://www.beritaharian.sg/videos, atau imbas kod QR yang tertera.

Imbas kod QR untuk ikuti siri video Fake

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg