Siri 'Jaguh Memasak' jaya selami hati peniaga bazar di sebalik resipi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siri 'Jaguh Memasak' jaya selami hati peniaga bazar di sebalik resipi

Rancangan 11 episod yang tamat 11 Mei lalu jaya tarik setengah juta penonton dalam talian
May 19, 2021 | 5:30 AM

Siri 'Jaguh Memasak' jaya selami hati peniaga bazar di sebalik resipi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
KRU JAGUH MEMASAK: (Dari kiri) Pengarah bersama, pengurus Operasi dan Acara WGS, Cik Zubaidah Lah; pengurus set, pengurus pembangunan dan pendekatan Cik Syafiqah Jawalistan; Penolong Pengarah Pembangunan Presint/Tugas Khas WGS, Encik Hajah Mohaideen Kamal Batcha; wartawan BH selaku pengarah dan penerbit Jaguh Memasak Harith Mustaffa; hos Husin Saaban dan hos serta wartawan BH Natasha Mustafa. - Foto WISMA GEYLANG SERAI
KRU JAGUH MEMASAK: (Dari kiri) Pengarah bersama, pengurus Operasi dan Acara WGS, Cik Zubaidah Lah; pengurus set, pengurus pembangunan dan pendekatan Cik Syafiqah Jawalistan; Penolong Pengarah Pembangunan Presint/Tugas Khas WGS, Encik Hajah Mohaideen Kamal Batcha; wartawan BH selaku pengarah dan penerbit Jaguh Memasak Harith Mustaffa; hos Husin Saaban dan hos serta wartawan BH Natasha Mustafa. - Foto WISMA GEYLANG SERAI -

APA yang buat siri hiburan dan 'masak-masak' Jaguh Memasak menarik adalah ia bukan sekadar rancangan membongkar rahsia resipi di sebalik juadah yang dijual di Bazar Geylang Serai.

Malah, ia juga mencabar hosnya Natasha Mustafa dan pelakon veteran Husin Saaban - yang kebetulan tidak pandai memasak - untuk menyediakan pelbagai jenis hidangan, daripada 'hotdog' hipster, juadah ala Jepun, Takoyaki dan juga dicabar menjadi Barista untuk menyediakan minuman kafe.

Rancangan 11 episod Jaguh Memasak yang ditayangkan setiap Jumaat dari 5 Mac hingga 12 Mei di laman Facebook Berita Harian (BH) dan Wisma Geylang Serai (WGS) itu turut berjaya menarik perhatian seramai setengah juta penonton.

Demikian menurut Penolong Pengarah Pembangunan Presint/Tugas Khas WGS, Encik Hajah Mohaideen Kamal Batcha, sewaktu siaran episod istimewa 'Jaguh Memasak' pada malam Raya, Rabu lalu.

Dijayakan oleh BH dan WGS, siri Jaguh Memasak menampilkan 10 jenama tempatan yang jamuan mereka telah menjadi kegilaan orang ramai di bazar dan pameran besar seperti di Expo dahulu.

Antara jenama tersebut ialah Yummy Takoyaki, Apam Balik Power, Mango Float Bossku, Kream SG, Rumi The Poet's Cup, Planet Bakso dan lain-lain lagi.

Idea rancangan Jaguh Memasak itu diwujudkan memandangkan Bazar Geylang Serai terpaksa ditiadakan ekoran pandemik Covid-19 buat dua tahun berturut-turut.

Bagi menyokongi usahawan tempatan, pihak BH dan WGS mewujudkan Jaguh Memasak sebagai ruang memaparkan hidangan mereka dalam alam maya serta berkongsi kisah bagaimana mereka menyesuaikan diri semasa kemelut ini.

Pada masa yang sama, penonton juga dapat mencatitkan resipi mudah jamuan tersebut yang boleh disediakan di rumah.

Menampilkan konsep bersantai dan bersahaja, antara kegiatan yang menarik dalam episod-episod yang telah menggelikan hati penonton, adalah cabaran memasak yang diberikan kepada hos tanpa persiapan, skrip atau rancangan terdahulu.

Ada kalanya, mereka berjaya menyediakan hidangan tersebut dengan sempurna serta mengamalkan kreativiti untuk menghasilkan hidangan istimewa sendiri - seperti Takoyaki yang dihidangkan Husin Saaban dengan setangkai bunga sakura.

Ada kalanya pula mereka gagal menyediakannya resipi yang diberikan hinggakan masakan itu tak jadi.

Misalnya dalam episod kedua, yang menampilkan peniaga dari rumah Aunty Sue, Natasha dan Husin dicabar menyediakan manisan Cheesecake Parfait dan Bandung Dalgona, namun Husin tidak berjaya menyelesaikan cabaran minuman Bandung Dalgona itu kerana tidak patuh pada arahan 'cikgu' mereka.

Terdapat juga cabaran yang dirancangkan secara spontan seperti dalam episod terakhir yang dirakam di kafe tempatan, Rumi The Poet's Cup, Husin dan pemilik kafe itu, Encik Syahruramadan bertanding dalam pembacaan puisi selain menjadi Barista untuk menyediakan Caramel Macchiatto.

Selain itu, para jaguh, bersama hos dan wartawan BH Natasha Mustafa juga berkongsi tentang memori berniaga di Bazar Geylang Serai atau di sekitaran kawasan Geylang pada ketika dahulu yang juga dapat mengembalikan rasa nostalgia terhadap estet bersejarah itu.

Biarpun tayangan Jaguh Memasak sudah selesai, pembaca BH boleh menonton kesemua 11 episod rancangan tersebut di laman Facebook BH dan WGS menerusi senarai video atau playlistJaguh Memasak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg