SPH Logo mobile
Langgan|

Sistem kesan pencerobohan landasan LRT perkukuh keselamatan penumpang

Sistem kesan pencerobohan landasan LRT perkukuh keselamatan penumpang

Mar 4, 2024 | 5:30 AM

Sistem kesan pencerobohan landasan LRT perkukuh keselamatan penumpang

Papan tanda umum di stesen Sistem Rel Ringan (LRT) mengingatkan penumpang agar menghargai nyawa dan bertindak secara bertanggungjawab. Dengan adanya sistem mengesan pencerobohan landasan itu, SBS Transit boleh memainkan peranan lebih proaktif dalam mencegah pencerobohan di landasan.
Papan tanda umum di stesen Sistem Rel Ringan (LRT) mengingatkan penumpang agar menghargai nyawa dan bertindak secara bertanggungjawab. Dengan adanya sistem mengesan pencerobohan landasan itu, SBS Transit boleh memainkan peranan lebih proaktif dalam mencegah pencerobohan di landasan. - Foto ST

Demi mengelak kehilangan nyawa akibat pencerobohan di landasan Sistem Rel Ringan (LRT), SBS Transit akan menempatkan sistem pengesanan pencerobohan di landasan, VAnGuard, di semua 28 stesen LRT Sengkang-Punggol pada suku kedua 2024.

Kakitangan pusat kawalan operasi akan mendapat isyarat daripada sistem tersebut jika terdapat penceroboh yang memasuki landasan LRT atau barang asing yang terjatuh ke landasan.

Jika perlu, kakitangan tersebut boleh mengambil tindakan sewajarnya seperti menghentikan kereta api.

Sistem itu bertujuan bukan sekadar untuk mengelak penceroboh dilanggar kereta api, malah demi meningkatkan keselamatan penumpang LRT.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg