SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sistem Portal Pelajar akan disemak, diperbaiki

Sistem Portal Pelajar akan disemak, diperbaiki

May 20, 2021 | 5:30 AM

Sistem Portal Pelajar akan disemak, diperbaiki

28ae49fe-0f26-4928-9325-f56c410ff984
-

SISTEM Portal Pelajar (SLS) mula kembali normal setelah ia mengalami "kegenjotan" pagi semalam sedang pelajar sekolah rendah, menengah, maktab rendah dan Institut Millenia memulakan hari pertama pembelajaran di rumah (HBL).

Menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan semalam, pihaknya "mengerahkan sumber-sumber sistem tambahan" apabila mendapat tahu tentang kelengahan yang berlaku itu.

"Kami segera memulakan sumber sistem tambahan dan pada pukul 9.30 pagi, guru telah melaporkan bahawa sistem tersebut kembali seperti biasa," menurut MOE lagi.

Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing menulis di Facebook:

"Sistem Portal Pelajar (SLS) tidak berjalan lancar pagi ini (semalam) bagi sebilangan pelajar. Ramai di antara kita kecewa.

"Kementerian Pendidikan sedang melakukan semakan untuk mengenal pasti masalah itu dan akan membaikinya. Terima kasih kerana memahami," jelasnya lagi.

Mulai hari ini, semua pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, maktab rendah, Institut Millenia dan sekolah pendidikan khas memulakan HBL hingga 28 Mei, sebahagian langkah pengurusan selamat yang diperketat bagi mengekang penularan virus Covid-19 dalam masyarakat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg