Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siswa NTU kupas isu AI dalam 'Temasek Tenggelam'

Pementasan menyorot keadaan dunia sarat teknologi, robot
Dec 29, 2020 | 5:30 AM
PEMENTASAN TEATER: Barisan pelakon Awallah Dondang dari Perbayu yang menjayakan pementasan bertajuk 'Temasek Tenggelam' yang ditayangkan di YouTube pada 26 Disember ini. - Foto ihsan PERBAYU
PEMENTASAN TEATER: Barisan pelakon Awallah Dondang dari Perbayu yang menjayakan pementasan bertajuk 'Temasek Tenggelam' yang ditayangkan di YouTube pada 26 Disember ini. - Foto ihsan PERBAYU -

PELBAGAI persoalan diutarakan dalam pementasan 'Temasek Tenggelam' yang dipersembahkan menerusi YouTube pada 26 Disember lalu.

"Ia menyorot keadaan dalam sebuah dunia (kecerdasan buatan - AI) di mana teknologi dan robot semakin lama semakin berleluasa sehingga mengambil alih sesetengah pekerjaan manusia, ia memerlukan daya tahan dan daya bingkas yang tinggi," kata Cik Suwindrie Sutiyono, Presiden NTU-NIE Perbayu dan juga Penasihat bagi kumpulan teater Perbayu, Awallah Dondang.

Antara persoalannya: Masih perlukah kita ambil berat dan bersifat prihatin terhadap orang lain untuk hidup? Atau, kita hanya perlu kepakaran dan ilmu sahaja?"

Kesemua ini dilontarkan dalam persembahan oleh Kumpulan Teater dari Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu Universiti Teknologi Nanyang (Perbayu).

Naskhah hasil tulisan dua penuntut tahun 4 Institut Pendidikan Nasional (NIE), Khairil Bahri Kamal, 28 tahun, dan, Safiyah Salmi Othman, 31 tahun, menggarap tema 'penakatan'.

Safiyah juga adalah pengarah teater ini.

"Kami tidak mengemukakan sebarang jawapan kerana kami ingin mencabar minda penonton untuk merenungkan tentang mesej-mesej yang ingin kami sampaikan.

"Kami membuka ruang bagi para penonton untuk membuat kesimpulan sewajarnya menurut pandangan masing-masing," kata Cik Suwindrie.

"Pementasan ini diharapkan dapat membuat para penonton bermuhasabah dan menilai semula apa yang penting dalam kehidupan mereka. Ia mengajak para penonton untuk merenungkan tentang nilai-nilai moral.

"Pada waktu-waktu genting yang memaksa seseorang untuk membuat pilihan, apakah yang sepatutnya dilakukan?," katanya lagi.

Atas nasihat Pejabat Hal Ehwal Pelajar NTU-NIE (SAO), pementasan ini dibuat secara maya demi menjaga kesejahteraan pihak kami, dan juga orang ramai.

Persiapan dan latihan bagi 'Temasek Tenggelam' tambahnya, bermula pada hujung bulan Januari 2020 dan kebanyakan latihan diadakan di NIE dan NTU.

"Pada ketika itu, pementasan ini telah dirancang untuk dipentaskan pada hujung Julai lalu. Namun dengan munculnya pandemik Covid-19, segala persiapan dan latihan dibatalkan buat seketika... setelah keadaan di Singapura beransur pulih latihan pun diteruskan semula pada bulan Ogos 2020 hingga ke tarikh pementasan," katanya lagi.

Secara keseluruhan, pementasan ini melibatkan dua belas orang pelakon, di mana enam memainkan peranan utama. Mereka terdiri daripada: Ahmad Irfan Ahmad Zaidi, 21 tahun; Muhammad Danish Hilmi Zubir, 18 tahun; Muhammad Lutfurrahman Husin, 23 tahun; Nikii Adriana Putri Nizam, 23 tahun; Nur Amalina Azaar, 23 tahun; dan, Siti Munirah Binte Aman, 23 tahun.

Pelakon pembantu dijayakan Hanis Wirdanniy Surat'man, 21 tahun; Muhammad Ammar Horlis, 22 tahun; dan, Suhailah Sulaiman, 24 tahun; serta tiga pelakon sampingan lainnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg