Siswa S'pura di Oxford pertahan cara beliau bahas dengan Mahathir
Premium
Siswa S'pura di Oxford pertahan cara beliau bahas dengan Mahathir
Jan 23, 2019 | 5:30 AM
Encik Darrion Mohan -
MAHASISWA Singapura di Universiti Oxford, Encik Darrion Mohan (gambar), yang menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna Internet selepas berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pertikaian dua hala Singapura-Malaysia, telah mempertahankan nada yang digunakannya ketika itu.
Meskipun sesetengah orang telah menuduh anak muda berusia 22 tahun itu bersikap terlalu konfrontasi, beliau berkata Oxford Union - di mana forum itu berlangsung - secara asasnya merupakan satu persatuan bahas.

