Siswazah komunikasi bantu latih pembantu rumah dengan ilmu kewangan
Siswazah komunikasi bantu latih pembantu rumah dengan ilmu kewangan
Belajar menabung, menguruskan wang dan menimba kemahiran berniaga. Ini antara kemahiran yang 'dieksport' dari Singapura oleh segelintir pembantu rumah selepas mereka menjalani satu program tersusun kendalian Aidha - sebuah badan tidak meraih keuntungan yang menawarkan program celik kewangan khusus untuk pembantu rumah asing dan wanita bergaji rendah. ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) memaparkan dua pembantu rumah dari Indonesia yang berjaya membina perniagaan sendiri hasil daripada kemahiran dan ilmu baru.
KISAH pembantu rumah yang bekerja bertahun-tahun di Singapura tetapi pulang ke tanah air dengan tangan kosong bukan sesuatu yang baru bagi Cik Nurqistina Hashim.

