Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Skim bantu keluarga beli flat 3 bilik dengan pajakan lebih pendek

Mar 1, 2023 | 5:30 AM
HADAPI HUKUMAN: Surya Darmadi antara lain menyogok pegawai di Sumatera agar membenarkan syarikatnya menanam pokok kelapa sawit di tanah yang diisytihar sebagai hutan semula jadi. - Foto PEJABAT PENDAKWA RAYA NEGERI TEBO
HADAPI HUKUMAN: Surya Darmadi antara lain menyogok pegawai di Sumatera agar membenarkan syarikatnya menanam pokok kelapa sawit di tanah yang diisytihar sebagai hutan semula jadi. - Foto PEJABAT PENDAKWA RAYA NEGERI TEBO -

KELUARGA yang berada di bawah Skim Perumahan Permulaan Baru akan mempunyai pilihan tambahan untuk membeli flat tiga bilik pada pajakan yang lebih pendek bermula daripada latihan Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Februari 2023.

Mereka boleh mengambil pinjaman daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), namun ia tertakluk kepada penilaian kredit.

Kriteria lain termasuk had levi jualan semula pada $30,000, yang diselaraskan ke bawah berdasarkan tempoh pajakan yang dipilih dan Tempoh Penginapan Minimum (MOP) 20 tahun.

Skim itu dapat membantu keluarga yang tinggal di flat sewa dengan anak-anak mereka, yang sebelum ini pernah menerima sekurang-kurangnya satu subsidi perumahan.

Sebelum ini, skim itu menawarkan pilihan tunggal membeli flat fleksi dua bilik pada pajakan lebih pendek.

Keluarga-keluarga di bawah Skim Perumahan Permulaan Baru boleh memilih tempoh pajakan antara 45 hingga 65 tahun dengan kenaikan lima tahun, selagi tempoh pajakan flat boleh melindungi pemohon dan pasangan mereka sehingga usia 95 tahun.

Ini berbanding dengan tempoh pajakan biasa selama 99 tahun.

Skim itu telah dipertingkatkan pada 2022 dengan meningkatkan jumlah geran daripada $35,000 kepada $50,000.

Sehingga Disember 2022, hampir kesemua daripada 95 keluarga yang disertakan dalam skim itu sejak ia diperkenalkan pada 2016 oleh HDB telah dapat membeli flat baru sendiri.

Sebanyak 4,428 BTO telah dilancarkan untuk dijual pada Selasa, termasuk lima projek di kawasan Kallang/Whampoa, Queenstown, Jurong West dan Tengah.

Flat-flat yang dilancarkan dalam latihan penjualan Februari ini terdiri daripada unit dua bilik fleksi hingga lima bilik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg