Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Skim bantuan AMP ringankan beban keluarga sambut Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMP SINGAPURA

Skim bantuan AMP ringankan beban keluarga sambut Ramadan

Mar 22, 2024 | 05:30 AM



Ramadan kali ini lebih sayu daripada tahun-tahun terdahulu. Kehilangan suami tercinta sekitar Julai tahun lalu akibat barah limfoma dan pneumonia seakan-akan merubah hidup Cik Suryati Abidin dengan serta-merta. Kini, ibu tunggal tiga anak itu terpaksa menghadapi cubaan dan meniti hari dan masa depan bersendirian tanpa ketua keluarga.

Sejak pemergian suaminya, Cik Suryati, 47 tahun, terpaksa mengharungi hidup baru seorang diri bersama anak-anaknya. Menurut ibu dua anak lelaki dan seorang anak perempuan itu, mereka juga terkesan tetapi cuba menyembunyikan perasaan mereka daripadanya:

“Saya sering bertanyakan keadaan mereka tetapi mereka selalu kata mereka okay, tetapi saya tahu, setiap daripada mereka cuba mengatasi perasaan masing-masing dengan cara mereka tersendiri.”


Anak sulungnya, Encik Irfan Mohamad Aszami, 21 tahun, sedang menjalani perkhidmatan negara, manakala anak kedua, Encik Nabil, 17 tahun, sedang mengikuti program Diploma di Politeknik Temasek dan yang bongsu, Insyirah, 14 tahun, sedang belajar di tingkatan tiga Madrasah Alsagoff.

Menampung hidup sendiri dengan tiga anak tidak mudah, namun dengan bantuan yang dihulurkan oleh badan-badan Melayu/Islam, seperti AMP, Cik Suryani berkata ia dapat mengurangkan beban yang ditanggungnya sendiri.

“Sejak suami saya meninggal, saya ambil alih sebagai penerima utama di bawah Skim Keluarga Angkat dan Belia (AFYS) oleh AMP. Skim itu banyak membantu keluarga saya terutama membantu kos perbelanjaan untuk persekolahan anak-anak dan menjaga hal-ehwal mereka.”

Menurut Cik Suryati, sebelum ini, arwah suaminya rajin mengajar anak-anak mereka dan juga anak saudara, terutama dalam mata pelajaran matematik. Namun, setelah pemergiannya, beliau terpaksa berikhtiar mencari kelas tuisyen untuk anak bongsunya:

“Insyirah perlukan pertolongan dalam beberapa mata pelajaran akademiknya, terutama matematik, dan apabila saya beritahu pihak AFYS, mereka sedia membantu kami membayarkan yuran untuk tuisyen.”

Selain menanggung kos menyara hidup, Cik Suryati juga bersyukur syarikat tempat kerjanya sangat memahami keadaannya, dan sebelum ini memberi sokongan buatnya semasa beliau terpaksa menjaga suaminya yang uzur dan memerlukan perhatian.

“Sewaktu suami saya mendapat tahu tentang penyakitnya, ia merupakan masa yang sulit buat kami. Beliau tidak dapat bekerja, dan saya perlu terus bekerja untuk menyara hidup tetapi berasa serba salah kerana suami sakit di rumah. Mujur syarikat tempat kerja saya amat memahami, dan mereka membenarkan saya menguruskan suami saya apabila beliau perlu ke hospital untuk rawatan dan sebagainya,” kata Cik Suryati yang bekerja di sebuah syarikat pelancongan.

Baru-baru ini, bak menambah kesedihan yang ditanggung keluarga ini, ibu mentua kepada Cik Suryati juga baru meninggal dunia pada Mac 2024. Walaupun sedih dengan pemergian orang tercinta, dari segi emosi, kata Cik Suryati, beliau dapat sokongan daripada keluarga terdekat dan beberapa kawan rapat.

“AMP selalu bertanyakan saya atau anak-anak adakah saya perlukan kaunseling, mereka juga dapat menawarkan perkhidmatan itu, saya sangat bersyukur dengan keprihatinan yang diberikan,” jelas Cik Suryati.

SKIM KELUARGA ANGKAT DAN BELIA (AFYS)


AMP memperkenalkan Skim Keluarga Angkat dan Belia (AFYS) pada 1999 untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik supaya berdikari. Di bawah skim itu, keluarga menerima bantuan dan pengurusan kewangan, pemerkasaan ekonomi, program sosio-pendidikan dan pendidikan ibu bapa serta bengkel kemahiran hidup keluarga.

Kanak-kanak yang bersekolah di bawah AFYS didaftarkan ke dalam program tuisyen dan pengayaan untuk meningkatkan perkembangan akademik mereka. Program pendidikan ibu bapa dan bengkel kemahiran hidup keluarga juga dijalankan untuk ibu bapa di bawah AFYS bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan mutu kehidupan keluarga mereka.

HULUR SUMBANGAN


Jika anda ingin menghulurkan sumbangan menerusi AMP untuk membantu golongan yang memerlukan, lungsuri laman https://ampdonate.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >