Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Skim baru di Poliklinik Yishun beri rebat kepada pesakit kronik yang penuhi sasaran kesihatan

Nov 3, 2018 | 3:18 PM
DIBUKA RASMI: Poliklinik Yishun yang dibangunkan semula di Yishun Avenue 9 telah dibuka kepada orang ramai sejak Julai.
DIBUKA RASMI: Poliklinik Yishun yang dibangunkan semula di Yishun Avenue 9 telah dibuka kepada orang ramai sejak Julai. - Foto JONATHAN CHOO

POLIKLINIK Yishun telah memperkenalkan satu skim baru yang memberi rebat kepada pesakit yang mengalami penyakit kronik.

Namun untuk mendapatkan rebat antara $5 dengan $20 itu, mereka harus memenuhi sasaran yang telah ditetapkan oleh pasukan penjagaan kesihatan mereka.

Sasaran itu termasuk mencapai paras gula dalam darah, tekanan darah dan paras kolesterol yang ditetapkan.

Pesakit harus menghidap salah satu daripada 20 penyakit kronik di bawah Program Pengurusan Penyakit Kronik untuk layak menyertai skim tersebut.

Ini termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, angin ahmar dan demensia.

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam, yang juga Anggota Parlimen GRC Nee Soon GRC, hadir sebagai tetamu terhormat di majlis pembukaan rasmi poliklinik tersebut hari ini (3 November).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg