PESAKIT yang layak menerima Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) kini boleh mendapatkan konsultasi susulan bersama doktor mereka menerusi video bagi kesemua 20 keadaan kronik yang disokong skim tersebut.
Pada April, sesi konsultasi menerusi video itu hanya dibolehkan bagi tujuh keadaan kronik agar dapat menyokong langkah jarak selamat sedang Singapura menangani krisis Covid-19.
Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan pada Jumaat (9 Oktober) berkata sebanyak 235 klinik umum (GP) menawarkan rawatan secara video itu bagi pesakit mereka.
MOH menambah, pesakit juga boleh menampung kos konsultasi tersebut dengan menggunakan Medisave, namun tertakluk kepada had $500 setahun sementara golongan warga emas boleh mendapatkan lagi $200.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg