Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Skim galak firma ambil lebih ramai pekerja setempat akan dilanjutkan

Feb 19, 2022 | 5:30 AM
SEBAR MESEJ: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mendekati masyarakat di kawasan Kampung Gelam pada Sabtu (18 Februari) untuk menyebarkan mesej anti-dadah sebagai sebahagian daripada kempen Dadah Itu Haram. Foto-foto BM oleh IRMA KAMARUDIN
SEBAR MESEJ: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mendekati masyarakat di kawasan Kampung Gelam pada Sabtu (18 Februari) untuk menyebarkan mesej anti-dadah sebagai sebahagian daripada kempen Dadah Itu Haram. Foto-foto BM oleh IRMA KAMARUDIN -

SKIM yang bertujuan mendorong syarikat mengambil lebih ramai pekerja setempat dengan memberi subsidi bagi gaji mereka akan dilanjutkan selama enam bulan lagi hingga September tahun ini.

Mengumumkan demikian semalam, Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata insentif itu akan diteruskan, namun tahap sokongan yang ditawarkan akan berkurangan sejajar dengan keadaan yang semakin baik.

Lanjutan itu merupakan sebahagian Pakej Bantuan Pekerjaan dan Perniagaan bernilai $500 juta yang diumum Belanjawan 2022 dan memberi tumpuan khusus kepada individu yang menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan.

Ini termasuk pekerja matang berusia 40 tahun ke atas dan bekas pesalah.

"Kami akan melanjutkan Inisiatif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) bagi tempoh enam bulan hingga September tahun ini, dengan kadar sokongan lebih rendah yang mencerminkan keadaan pasaran pekerja yang beransur pulih.

"Lanjutan ini akan meliputi individu yang menghadapi lebih banyak kesukaran dalam mencari pekerjaan, seperti pekerja matang yang sudah tidak bekerja selama enam bulan atau lebih lama, golongan kurang upaya dan bekas pesalah," kata Encik Wong.

Skim tersebut dilancarkan September 2020 bagi menyediakan sokongan gaji kepada majikan yang layak yang ingin menggajikan lebih ramai pekerja tempatan.

Hampir 400,000 warga telah mendapat pekerjaan di 58,000 perniagaan sejak JGI diperkenalkan pada September 2020 hingga Mei tahun lalu.

Sebelum ini, pemerintah telah mengumumkan bahawa insentif tersebut dilanjutkan hingga Mac tahun ini.

Butiran lanjut akan diumumkan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dari www.go.gov.sg/jgi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg