KREDIT Pekerjaan Khas Tambahan (ASEC) akan dilanjutkan sehingga akhir 2019 bagi menggalak syarikat menggajikan pekerja lanjut usia.

Langkah itu, yang akan menelan belanja $160 juta, dijangka memanfaatkan sekitar 120,000 pekerja dan 55,000 majikan.