Topik diikuti
Pergi ke BHkuSkim Keluarga Besar baru diperkenal, sokong keluarga dengan 3 anak atau lebih

Skim Keluarga Besar baru diperkenal, sokong keluarga dengan 3 anak atau lebih
Pemerintah telah memperkenalkan Skim Keluarga Besar (LFS) baru untuk menyediakan lebih banyak sokongan kepada pasangan yang mempunyai tiga anak atau lebih.
Ini terbahagi kepada tiga bahagian.
Pertama, bermula 18 Februari 2025, setiap anak ketiga atau seterusnya akan menerima tambahan $5,000 dalam Geran Langkah Pertama Akaun Pembangunan Anak (CDA).
Kedua, Geran MediSave Keluarga Besar baru bernilai $5,000 akan dimasukkan ke dalam akaun MediSave ibu bagi setiap anak ketiga dan seterusnya, yang dilahirkan pada atau setelah 18 Februari.
Ketiga, kredit LifeSG Keluarga Besar bernilai $1,000 akan diberikan setiap tahun kepada keluarga bagi setiap anak ketiga atau seterusnya, sepanjang anak itu berusia satu hingga enam tahun.
Ini boleh membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah.