Skim kembalikan bekas minuman akan dikendali pemain industri

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Skim kembalikan bekas minuman akan dikendali pemain industri

Oct 5, 2022 | 5:30 AM

Skim kembalikan bekas minuman akan dikendali pemain industri

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
KITAR SEMULA: Pengguna akan membayar deposit yang boleh dikembalikan sebagai insentif untuk memulangkan semula bekas minuman terpakai itu. - Foto fail
KITAR SEMULA: Pengguna akan membayar deposit yang boleh dikembalikan sebagai insentif untuk memulangkan semula bekas minuman terpakai itu. - Foto fail -

SKIM untuk menggalak orang ramai mengitar semula bekas minuman terpakai dan memulangkannya untuk mendapatkan deposit akan dikendalikan oleh industri pengeluaran minuman.

Dengan cara ini pengendali akan mempunyai insentif untuk beroperasi dengan lebih cekap dan kos efektif, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, semalam.

Dr Khor berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan di Parlimen mengenai skim pemulangan botol minuman terpakai.

Skim tersebut dalam fasa perundingan selepas Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) melancarkan tinjauan untuk mengumpul maklum balas orang ramai pada 20 September lalu.

Di bawah skim itu, pengguna akan membayar deposit semasa membeli minuman - dianggar sekitar 10 hingga 20 sen - sebagai tambahan kepada kos minuman.

Namun mereka akan mendapat semula wang deposit tersebut, jika mereka memulangkan bekas terpakai itu di lokasi yang kini masih belum dikhususkan.

NEA sebelum ini berkata skim itu akan meliputi botol plastik dan tin logam daripada 150 mililiter hingga 3 liter. Ini akan meliputi lebih 1 bilion bekas minuman di Singapura setiap tahun.

Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) dan Encik Liang Eng Hwa (SMC Bukit Panjang) telah bertanyakan tentang kos dan skala skim berkenaan.

Menjawab, Dr Khor berkata pengeluar minuman, seperti pengilang dan pengimport, akan bertanggungjawab ke atas pengumpulan dan mengitar semula produk yang mereka keluarkan di pasaran, serta membiayai skim itu.

Di bawah skim yang sama luar negara, pengeluar biasanya melantik operator untuk menjalankan tanggungjawab mereka di bawah skim tersebut.

"Memandangkan skim ini dimiliki dan dikendalikan oleh industri, ia akan mempunyai insentif yang kuat untuk mengendalikan skim itu dengan cekap dan kos efektif demi memastikan kos skim rendah untuk semua pihak.

"Selain itu, hasil daripada penjualan barangan kitar semula yang bersih, berkualiti tinggi dan bernilai tinggi, dan sebarang deposit yang tidak dituntut akan digunakan oleh pengendali skim untuk mengurangkan kos skim," kata Dr Khor.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg