Topic followed successfully
Go to BHkuSkim TTFS dipertingkat, bantu lebih ramai pelajar Melayu lanjutkan pengajian tinggi
Skim TTFS dipertingkat, bantu lebih ramai pelajar Melayu lanjutkan pengajian tinggi
Faishal turut umum: Pembentukan Jawatankuasa Daya Ekonomi baru perkukuh daya tahan ekonomi masyarakat; Program kepimpinan baru bagi asatizah peringkat 1 ARS; Ruang solat sementara dekat Masjid Al-Istighfar
Apr 10, 2026 | 8:30 PM
Skim TTFS dipertingkat, bantu lebih ramai pelajar Melayu lanjutkan pengajian tinggi
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (lima dari kanan), bersama para Anggota Parlimen Melayu/Islam yang hadir di majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri pada 10 April. Bersama beliau ialah (dari kiri) Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Changi); Cik Hazlina Abdul Halim (GRC East Coast); Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh); Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang); Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam; Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi; Cik Nadia Samdin (GRC Ang Mo Kio) dan Dr Hamid Razak (GRC West Coast-Jurong West). - Foto BH oleh KHALID BABA
Kriteria kelayakan pendapatan bagi skim Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) akan dinaikkan dan tahap subsidi baru akan diperkenalkan bagi menyokong lebih ramai pelajar Melayu daripada isi rumah berpendapatan rendah hingga pertengahan melanjutkan pengajian di politeknik dan universiti tempatan.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata had pendapatan per kapita (PCI) akan dinaikkan kepada $1,700 berbanding $1,400 bagi tahap subsidi 100 peratus.
Laporan berkaitan
Muis perkenal program baru, gilap potensi asatizah sebagai pemimpin masyarakatApr 10, 2026 | 8:30 PM
Jawatankuasa ditubuh bantu Melayu/Islam rebut peluang ekon baruApr 10, 2026 | 8:30 PM

