Premium
Skop 'bimbingan' Skim Tuisyen Mendaki diperluas
Termasuk ceramah motivasi, kerjaya sejajar dengan gerakan 'Belajar Untuk Kehidupan'
Jan 20, 2019 | 5:30 AM
ENCIK ZAQY MOHAMAD: Skim Tuisyen Mendaki (MTS) ingin menerapkan pendekatan lebih menyeluruh dengan memberi ceramah motivasi dan kerjaya selama 15 minit sebelum setiap sesi tuisyen bermula. - Foto BM oleh KHALID BABA -
SELEPAS 36 tahun menyediakan sokongan pendidikan kepada pelajar Melayu/Islam, Skim Tuisyen Mendaki (MTS) akan menawarkan pendekatan lebih menyeluruh berbentuk ceramah motivasi dan kerjaya sejajar dengan gerakan 'Belajar Untuk Kehidupan'.
Bercakap kepada media semalam, Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, berkata ceramah selama 15 minit itu dikendalikan golongan pembimbing sebelum setiap sesi tuisyen bermula.

