Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Skuter mobiliti peribadi kian canggih

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluaran syarikat setempat penuhi piawaian penguasa, rekaan terbaru lebih pintar

Skuter mobiliti peribadi kian canggih

Apr 05, 2024 | 05:30 AM



Alat bantuan mobiliti peribadi (PMA), seperti kerusi roda bermotor dan skuter mobiliti, semakin dikenali dan kian canggih yang terdapat dalam pasaran. Dibekalkan dengan ciri keselamatan lebih baik, PMA juga antara lain datang dalam rekaan terbaru yang lebih hip dan moden.


Antara rekaan terbaru PMA ialah Prime X Pro 4 Wheels Mobility Scooter dan Fiidom X 3 Wheels Mobility Scooter, dikeluarkan syarikat tempatan, Mobot Pte Ltd.


Prime X-Pro adalah skuter mobiliti 4-roda yang selesa dan mempunyai tempat duduk lebar, dan disediakan juga tempat sandaran yang empuk dan tinggi.

Rekaan Fiidom X pula, merupakan skuter mobiliti terbaru 3-roda, dan menggunakan reka bentuk dan ciri unik untuk memenuhi jangkaan pengguna terhadap alat pengangkutan pada zaman moden ini.

Antara ciri utama PMA terbaru ini ia boleh dilipat, padat dengan alat suspensi hidraulik di bahagian belakang, serta tayar tahan lama dan tidak mudah bocor. Sensor brek bagi PMA ini juga dilengkapkan dengan ciri bijak, dan tidak akan bergolek atau menurun ke belakang apabila menaiki cerun yang tinggi.

Menurut Pengurus Pemasaran bagi syarikat Mobot Pte Ltd, Encik Joe Ong, syarikatnya merupakan firma tanah air dan menjadi pembekal serta penjual skuter mobiliti terbesar di sini.

Firma Mobot berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri skuter mobiliti. PMA yang disediakan bersaiz 1,200 sentimer dengan kelebaran 700 sentimeter.

“Syarikat kami merupakan peruncit terbesar dalam penjualan skuter mobiliti, dan berpengalaman lebih 10 tahun di negara ini. Rekaan PMA di Mobot, dihasilkan sendiri dan mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

“PMA daripada Mobot ini juga terdapat di beberapa pasar raya FairPrice dan bagi masa terhad ini, kami menawarkan harga istimewa untuk PMA dengan desain tertentu,” jelas Encik Ong.

Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri laman https://mobot.sg atau boleh juga ke media sosial Facebook / Mobot atau Instagram / MobotSG. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >