SLA arah pemilik tiga hartanah di Merpati Road segera pindah
Premium
SLA arah pemilik tiga hartanah di Merpati Road segera pindah
Apr 26, 2017 | 5:30 AM
TIADA LAGI PENANGGUHAN BAGI YANG ENGGAN: Pegawai Penguasa Tanah Singapura (SLA) semalam mengeluarkan notis kepada tiga pemilik hartanah berhalaman dengan pegangan bebas di Merpati Road meminta mereka supaya berpindah. Penduduk berkenaan masih menetap di tapak itu walaupun setelah SLA memperoleh tanah tersebut pada 2010 bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen MRT Mattar bagi Laluan Downtown 3 dan pembangunan sekitarnya yang dijangka bermula lewat tahun ini. - Foto THE STRAITS TIMES -
TIGA hartanah berhalaman dengan pegangan bebas di Merpati Road diperoleh semula secara sah oleh Penguasa Tanah Singapura (SLA) semalam meskipun pemiliknya belum menyerahkan kunci hartanah tersebut.
Pemilik rumah di nombor 27, 29 dan 33 Merpati Road itu diberi notis keluar oleh Timbalan Ketua Eksekutif SLA, Encik Simon Ong, bersama empat pegawai lain pagi semalam.

