Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee: Pemimpin agama main peranan penting bina jambatan antara kumpulan berbeza

May 30, 2024 | 3:13 PM
Habib Syed Hassan Syed Mohamed Salim Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Habib Hassan (kanan) membawa Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, melihat artifak dan karya seni yang dipamerkan di muzium mini Masjid Ba’alwie.
Habib Syed Hassan Syed Mohamed Salim Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Habib Hassan (kanan) membawa Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, melihat artifak dan karya seni yang dipamerkan di muzium mini Masjid Ba’alwie. - Foto MCI

Pemimpin agama, seperti Pertubuhan Antara Agama (IRO), sangat penting dalam mengekalkan kepercayaan dan rasa hormat antara kumpulan agama berbeza, kata Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, semasa lawatannya ke Masjid Ba’alwie pada 29 Mei.

Dalam hantaran di Facebooknya pada 30 Mei, Encik Lee berkata pemimpin agama memainkan peranan penting dalam melibatkan masyarakat dan membina jambatan antara kumpulan agama berbeza di Singapura.

Encik Lee melahirkan rasa terima kasih beliau ke atas usaha yang dimainkan para pemimpin agama ini.

“Kita mesti bekerja keras untuk mengukuhkan keharmonian agama di Singapura.

“Pemimpin agama, seperti mereka dari IRO, merupakan kunci kepada mengekalkan kepercayaan dan rasa hormat antara kumpulan agama yang berbeza.

“Saya sangat berterima kasih atas usaha mereka menyatukan semua agama-agama hebat. Semoga ini akan berterusan!” tulis Encik Lee.

Semasa lawatannya ke Masjid Ba’alwie, beliau meluangkan masa bertemu dan berinteraksi dengan beberapa pemimpin agama.

Beliau turut melihat sendiri muzium mini yang ditubuhkan di Masjid Ba’alwie. Masjid yang dibina pada 1952 oleh keluarga Al-Attas, menyimpan artifak dan kitab suci bukan sahaja agama Islam, bahkan agama-agama besar lain.

“Hakikat bahawa teks dan artifak daripada pelbagai agama semuanya boleh dipamerkan di masjid adalah contoh indah persahabatan dan kerjasama antara agama yang kita nikmati di sini,” ujar Encik Lee.

“Kita mesti bekerja keras untuk mengukuhkan keharmonian agama di Singapura. Pemimpin agama, seperti mereka dari IRO, merupakan kunci kepada mengekalkan kepercayaan dan rasa hormat antara kumpulan agama yang berbeza.”
 Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg