Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Teo garis tiga faktor bagi SG capai sifar bersih

Antaranya terap kemampanan sekitaran yang lebih bermakna dalam kehidupan harian
Jun 8, 2022 | 5:30 AM
CAPAI MATLAMAT: Encik Teo menarik perhatian bahawa isu perubahan iklim adalah sesuatu yang amat mencabar lantas memerlukan semua pihak, termasuk sektor privet, memainkan peranan masing-masing. - Foto LIANHE ZAOBAO
CAPAI MATLAMAT: Encik Teo menarik perhatian bahawa isu perubahan iklim adalah sesuatu yang amat mencabar lantas memerlukan semua pihak, termasuk sektor privet, memainkan peranan masing-masing. - Foto LIANHE ZAOBAO -

SINGAPURA akan bergantung kepada tiga faktor untuk mencapai matlamat sifar bersih menjelang 2050, termasuk dasar menyeluruh untuk menerapkan kemampanan sekitaran dengan lebih bermakna dalam kehidupan harian, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.

Dua faktor lain ialah pendanaan privet untuk menarik modal bagi projek mampan dan penyelidikan serta pengembangan (R&D) bagi huraian lebih mampan bagi jangka panjang.

Encik Teo menggariskan tiga langkah ini sebagai strategi Singapura untuk mempercepatkan peralihan kepada sifar bersih, semasa sidang kemampanan tahunan, Minggu Ecosperity Temasek, semalam.

Beliau berkata bahawa Strategi Pembangunan Pengeluaran Karbon Rendah Jangka Panjang akan dikemas kini lewat tahun ini.

Strategi itu pertama kali diterbitkan pada 2020, yang bertujuan untuk mengurangkan sebanyak separuh pengeluaran Singapura, daripada kadar puncak pada 2030 kepada 33 juta tan karbon dioksida menjelang 2050. Ini bermatlamat untuk mencapai sifar pengeluaran seawal separuh kedua abad ini.

"Sebelum kami memuktamadkan rancangan kami, kami akan berunding rapat dengan industri dan kumpulan berkepentingan rakyat.

"Kita semua harus bekerjasama dan memainkan peranan kita untuk memenuhi matlamat iklim ini," ujar beliau.

Sementara dasar mempunyai peranan penting dalam mengatasi perubahan iklim, ia bukan hanya untuk mengurangkan pengeluaran karbon tetapi juga mencapai peranan pembangunan kemampanan Singapura.

Ini termasuk mewujudkan ekonomi berkitar di mana sampah akan dilenyapkan dan nilai sumber asli dimaksimumkan.

"Pemerintah perlu mempunyai dasar yang tepat untuk mengatasi punca masalah dan mencipta huraian di peringkat sistem.

"Misalnya, Singapura adalah negara Asia Tenggara pertama untuk memperkenalkan cukai karbon dan baru-baru ini, telah menetapkan garis masa yang jelas untuk meningkatkan cukai karbon yang luas untuk mencapai antara $50 dengan $80 setan menjelang 2030."

Encik Teo, yang juga Menteri Penyelarasan bagi Keselamatan Nasional, menarik perhatian perubahan iklim adalah 'masalah yang jahat' yang memerlukan semua pihak, termasuk sektor privet, memainkan peranan.

"Perniagaan akan terjejas bukan sahaja oleh kesan asas perubahan iklim, tetapi juga kesan sekunder dan ketiga, menjejas model operasi dan rantai bekalan.

"Kesedaran yang meningkat mengenai krisis iklim juga telah mengubah bagaimana orang ramai menakrif nilai dalam perniagaan dan nilai yang dipertahankan oleh sebuah syarikat," jelas Encik Teo.

Justeru, syarikat-syarikat tidak lagi boleh tertumpu pada pulangan jangka pendek daripada aset dan perniagaan yang ada. Sebaliknya, mereka perlu menerapkan usaha penyahkarbonan dan risiko iklim dalam strategi mereka untuk kekal kompetitif dalam jangka panjang.

Encik Teo menarik perhatian bahawa Temasek telah melancarkan GenZero, sebuah syarikat pelaburan yang tertumpu pada pasaran karbon dan mempercepatkan huraian penyahkarbonan. Ini akan menyalurkan lebih banyak modal privet ke arah peluang hijau dan menggalak syarikat agar memberi lebih banyak penekanan terhadap mencapai pulangan kewangan jangka panjang yang mapan.

Faktor terakhir, iaitu R&D, kata Encik Teo akan diperlukan untuk membantu Singapura mengatasi hambatan sumber dan menghasilkan huraian lebih mampan dan mesra alam.

Khususnya, negara ini perlu terus meneroka teknologi baru yang boleh menghasilkan huraian lebih mampan bagi jangka panjang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg