Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Teo iktiraf pencapaian penghuni RKM

Jun 19, 2022 | 5:30 AM
RAIKAN PENCAPAIAN: Encik Teo (tengah) bersama beberapa penghuni dan bekas penghuni RKM yang diiktiraf kerana kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai masing-masing. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
RAIKAN PENCAPAIAN: Encik Teo (tengah) bersama beberapa penghuni dan bekas penghuni RKM yang diiktiraf kerana kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai masing-masing. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA -

USAHA membesarkan anak secara menyeluruh yang disemai nilai-nilai murni memerlukan usaha "seluruh kampung" kata Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.

Dalam sesetengah kes, kanak-kanak ini mungkin memerlukan sokongan tambahan untuk membantu mereka mencapai kejayaan, jelas Encik Teo lagi semasa Hari Penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) petang kelmarin.

Katanya, untuk melakukan demikian, beliau berkata adalah penting bagi seluruh 'kampung' untuk tampil ke hadapan dan bekerja sama untuk sama-sama membantu kanak-kanak yang memerlukan.

"Ini adalah Singapura yang kita inginkan di mana tidak kira latar belakang dan cabaran yang mereka hadapi, kita ingin menawarkan peluang bagi semua.

"Kita ingin mereka menjalani kehidupan yang memuaskan, membina keluarga mereka sendiri dan juga memberi kembali kepada masyarakat dalam masa akan datang," ujarnya.

Kelmarin, seramai sembilan orang penghuni serta bekas penghuni RKM diiktiraf kerana kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai masing-masing.

Antara mereka yang diiktiraf ialah bekas penghuni RKM, Danial Zulkifli, 17 tahun, yang dinobatkan sebagai Penghuni Paling Cemerlang.

Beliau dimasukkan ke RKM pada 2018 kerana Perintah Penjagaan dan Perlindungan (CPO) sebelum dibebaskan pada Mac tahun ini.

Pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) itu dikenali sebagai anak muda yang berbudi bahasa dan pemalu.

Mengulas tentang pengiktirafannya, Ahnaf berkata:

"Saya terkejut dengan pengumuman tersebut. Saya hanya dapat melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada semua kakitangan RKM dan rakan-rakan saya di sana yang telah menyokong saya sehingga kini," tambah beliau yang merupakan pelajar dalam jurusan perkhidmatan runcit.

Semasa acara tersebut, beberapa biasiswa turut diagihkan kepada bekas penghuni di RKM.

Sebanyak $19,400 telah diperuntukkan untuk disalurkan kepada 13 bekas penghuni RKM yang sedang melanjutkan pendidikan pos menengah.

Ia bagi menggalakkan dan menyokong pembelajaran berterusan selepas mereka keluar dari rumah itu.

Salah satu penerima biasiswa Al-Fatih itu tahun ini ialah Muhammad Erwan Afian Daud, bekas penghuni RKM yang merupakan seorang pelajar di Maktab Seni Lasalle.

"Bersyukur sangat menerima biasiswa ini.

"Dengan sokongan tambahan ini, saya dapat memberi lebih banyak tumpuan kepada pendidikan saya dan cuba untuk mencapai kecemerlangan," kata beliau yang merupakan pelajar tahun kedua dalam jurusan seni halus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg