Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Teo tegas jalinan rapat S'pura-Jakarta semasa lawatan

Mar 3, 2023 | 5:30 AM
PERERAT HUBUNGAN: Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean (kanan), mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan. - Foto MFA
PERERAT HUBUNGAN: Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean (kanan), mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan. - Foto MFA -

MENTERI Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, telah melakukan lawatan kerja selama seminggu ke Jakarta, Indonesia, yang berakhir Rabu.

Semasa berada di sana, Encik Teo bertemu dengan sebilangan pemimpin kanan pemerintah Indonesia.

Antaranya termasuk Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA), kedua-dua menteri mengambil kira kemajuan baik dalam banyak bidang kerjasama dua hala sejak mesyuarat terakhir mereka.

Ini termasuk pengesahan ketiga-tiga perjanjian di bawah Rangka Kerja Diperluas antara Singapura dan Indonesia, dan membincangkan bagaimana membawa kerjasama kededua negara ke hadapan seperti dalam ekonomi hijau.

Encik Teo juga bertemu Menteri Penyelaras bagi Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia, Encik Mahfud MD; Menteri Penyelaras Ehwal Ekonomi Indonesia, Encik Airlangga Hartarto; dan Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto.

Dalam pertemuan itu, Encik Teo menegaskan semula hubungan rapat dan pelbagai aspek perkongsian dua hala yang telah lama terjalin, merangkumi pelbagai sektor termasuk sektor ekonomi, pertahanan dan hubungan antara rakyat dengan rakyat.

Mereka juga membincangkan ekonomi digital, pembangunan mampan dan pembangunan sumber manusia selain perkembangan serantau dan antarabangsa.

MFA berkata Encik Teo telah pulang dan tiba di Singapura pada Rabu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg