SMRT berganding dengan McLarens, guna teknologi F1 pantau kelakonan tren
Premium
SMRT berganding dengan McLarens, guna teknologi F1 pantau kelakonan tren
Mar 16, 2018 | 5:30 AM
GUNA TEKNOLOGI F1: Dalam MOU yang ditandatangani SMRT dan firma Britain, McLaren Applied Technologies, kereta api di sini kini dapat dipantau dengan lebih rapi sekali gus meningkatkan keupayaan sistem MRT. - Foto SMRT -
KERETA api di sini mungkin akan menjalani pemantauan lebih ketat berdasarkan piawaian Formula Satu (F1) dengan kerjasama antara SMRT dengan firma McLaren Applied Technologies yang berpangkalan di Britain.
Firma tersebut merupakan sebahagian daripada McLaren Group yang juga mengendalikan pasukan F1 dan pengeluar kereta berprestasi tinggi, McLaren Automotive.

