Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SMRT: Kematian dua pelatih boleh dielak

SMRT selesai siasatan, kini sedang menyemak secara menyeluruh kesemua struktur keselamatan
Apr 25, 2016 | 10:35 AM
SIASATAN SELESAI: Menurut SMRT, kematian Allahyarham Nasrulhudin Najumudin, 26 tahun, dan Allahyarham Muhammad Asyraf Ahmad Buhari, 24 tahun, boleh dielakkan sekiranya langkah-langkah keselamatan dilaksanakan. - Foto THE STRAITS TIMES
SIASATAN SELESAI: Menurut SMRT, kematian Allahyarham Nasrulhudin Najumudin, 26 tahun, dan Allahyarham Muhammad Asyraf Ahmad Buhari, 24 tahun, boleh dielakkan sekiranya langkah-langkah keselamatan dilaksanakan. - Foto THE STRAITS TIMES -

SIASATAN ke atas kematian dua kakitangan pelatih SMRT yang bermula pada 22 Mac lalu telah selesai dijalankan.

Hasil siasatan mendapati kematian Allahyarham Nasrulhudin Najumudin, 26 tahun, dan Allahyarham Muhammad Asyraf Ahmad Buhari, 24 tahun, boleh dielakkan sekiranya langkah-langkah keselamatan dilaksanakan, seperti mengadakan penjaga untuk memberi amaran awal kepada pasukan pekerja yang bertugas dan menetapkan had laju bagi mengelak kereta api daripada memasuki kawasan yang terjejas.

Panel penyiasat kemalangan, yang terdiri daripada anggota Lembaga Pemantauan Risiko SMRT dan tiga pakar bebas, turut mengenalpasti beberapa faktor lain yang harus dipertingkat, terutamanya pengurusan kawalan bagi kemasukan ke landasan, tatacara perhubungan dan pemantauan landasan oleh pelbagai pihak.

Dalam kenyataan media hari ini, pengendali khidmat kereta api gerak cepat itu berkata, ia "amat menyesal" kerana gagal melaksanakan prosedur keselamatan hingga membawa kepada dua kematian.

"Kereta Api SMRT telah mengambil langkah serta-merta untuk memastikan pelaksanaan prosedur lebih ketat, memperkukuh pemilikan sistem dan kawalan merentasi peringkat dan pasukan pekerja, serta penyeliaan lebih ketat dalam linkungan pasukan bagi mengelak kejadian serupa berulang," ujarnya, sambil menambah ia "sedang menyemak secara menyeluruh" kesemua struktur keselamatan, proses dan pematuhan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg