Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

SNEC kerjasama dengan WHO untuk tingkat penjagaan mata serantau

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SNEC kerjasama dengan WHO untuk tingkat penjagaan mata serantau

Jan 20, 2024 | 09:44 PM



Sebagai sebahagian daripada visinya untuk mencegah kebutaan dan menangani masalah penglihatan di rantau ini, Pusat Mata Kebangsaan Singapura (SNEC) kini bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) buat pertama kalinya di Asia Tenggara.

Kerjasama itu, yang diumumkan pada 20 Januari, akan menyaksikan unit oftalmologi global SNEC membantu WHO dan negara lain untuk menyediakan perkhidmatan oftalmik yang selamat dan mudah didapatkan.

Ini menjadikan SNEC sebagai pusat kerjasama WHO, iaitu institusi yang ditetapkan oleh ketua pengarah WHO untuk menyumbang kepada kerja pertubuhan itu.

Terdapat lebih 800 pusat sedemikian di lebih 80 negara anggota kini, namun segelintir sahaja yang berurusan dengan masalah penglihatan.

Melalui kerjasama ini, SNEC berkata unit oftalmologi globalnya dapat antara lain menyediakan bantuan teknikal bagi kerja penyelidikan untuk mencegah kebutaan.

Terdapat kira-kira 40 juta orang buta di dunia.

Asia Tenggara mempunyai antara kadar kebutaan tertinggi di dunia, menyumbang kepada kira-kira 28 peratus orang di seluruh dunia yang mengalami kebutaan yang boleh dielakkan, menurut perangkaan WHO yang dilaporkan pada 2022.

Bercakap di Mesyuarat Bersama Singapura-Malaysia ke-37 dalam Oftalmologi di Auditorium Ngee Ann Kongsi di kampus Hospital Besar Singapura (SGH), Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata:

“Ini adalah satu pengiktirafan yang baik yang menunjukkan pencapaian kita sejauh ini dan yang lebih penting lagi, bagaimana SNEC akan menyumbang kepada piawaian penjagaan dan pendidikan oftalmik di dalam negara dan serantau.”

Bercakap di hadapan kira-kira 600 anggota delegasi, Dr Balakrishnan, yang sebelum ini merupakan pengarah perubatan SNEC, menambah:

“Apa yang saya mahu anda fikirkan adalah untuk mengembangkan ini menjadi rangkaian Asean dan bekerjasama, melanjutkan dan menjadi lebih berkesan dalam mengekalkan tahap pendidikan yang tinggi, latihan dan penyebaran teknologi di seluruh Asia Tenggara.”

SNEC dan Institut Penyelidikan Mata Singapura berkata mereka telah bekerjasama dengan WHO secara meluas, termasuk menyediakan bimbingan pakar dalam kumpulan pemikir pertubuhan itu serta menyemak dasar dan panduannya yang berkaitan dengan laporan penjagaan mata berasaskan bukti.

Bercakap kepada media, ketua eksekutif SNEC, Profesor Aung Tin, berkata:

“Terdapat kelaziman buta dan cacat penglihatan yang tinggi di banyak negara.

“Singapura bertuah kerana kami mempunyai kemudahan penjagaan mata yang sangat baik dan mampu membantu pesakit menangani penyakit mata yang rumit.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >