Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Soal pekerjaan jadi tumpuan utama Belanjawan ke-4 esok: DPM Heng

May 25, 2020 | 6:59 PM
USAHA PENAKATAN RAKYAT, NEGARA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, berkata, soal pekerjaan menjadi tumpuan utama dalam pembentangan Belanjawan ke-4 esok.
USAHA PENAKATAN RAKYAT, NEGARA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, berkata, soal pekerjaan menjadi tumpuan utama dalam pembentangan Belanjawan ke-4 esok. - - Foto: FACEBOOK/HENGSWEEKEAT

TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, menyatakan pemerintah akan memberi tumpuan utama terhadap sokongan pekerjaan semasa pembentangan Belanjawan Ke-4 esok.

Menyatakan demikian dalam catatan Facebook hari ini, beliau yang juga Menteri Kewangan itu berkata:

"Skim Sokongan Pekerjaan (JSS) telah membantu banyak majikan mengekalkan pekerja mereka. Tetapi sejumlah kehilangan pekerjaan dan ada yang bimbang mereka mungkin diberhentikan," tulisnya.

Beliau menyatakan, mereka yang berusia 40-an dan 50-an, merasa lebih cemas dalam tempoh ketidakpastian ini.

Kata Encik Heng: "Kami akan memberi sokongan kepada mereka yang bekerja untuk belajar dan meningkatkan kemahiran. Kami akan mewujudkan pekerjaan baru bagi mereka yang mencari pekerjaan."

Beliau menambah, Pemerintah juga akan mewujudkan latihan dan peluang lain bagi mereka yang menamatkan pendidikan pasca menengah tahun ini.

Bantuan tambahan juga akan diberikan kepada mereka yang berada di sektor khidmat masyarakat, kata Encik Heng.

Ini supaya agensi-agensi ini dapat terus membantu masyarakat yang rentan di Singapura dan menggerakkan warga Singapura untuk menyumbangkan masa dan wang mereka ketika wabak itu terus berlanjutan.

Mengenai pilihannya untuk nama Belanjawan kali ini sebagai 'Fortitude' yang bermaksud ketabahan atau kecekalan, beliau mengatakan ia adalah sifat keberanian dalam menangani kesukaran yang ditonjolkan oleh generasi perintis Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg