Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sokong projek Nur Ala Nur dengan nasi beriani amal

Oct 27, 2024 | 5:30 AM
Bagi menyokong projek peningkatan Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, jualan nasi beriani amal bakal dilaksanakan pada akhir tahun 2024 ini. Hidangan nasi beriani istimewa ini disediakan oleh Pengerusi Masjid Khalid, Encik Allaudin Mohamad. 
Bagi menyokong projek peningkatan Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, jualan nasi beriani amal bakal dilaksanakan pada akhir tahun 2024 ini. Hidangan nasi beriani istimewa ini disediakan oleh Pengerusi Masjid Khalid, Encik Allaudin Mohamad.  - Foto MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH

USTAZAH MASNIA NASSIM

Masa pantas meninggal kita semua. Pejam celik pejam celik, kita kini hampir ke penghujung 2024. Sepanjang tahun ini, banyak kegiatan yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (MWTI). Antaranya projek peningkatan Nur Ala Nur. Projek ini sekali gus mendekatkan madrasah kepada masyarakat Islam amnya.

Sempena cuti Tahun Baru Cina pada bulan Februari 2024, kami telah menjadi benefisiari bagi acara bazar ‘Fun World’ di Singapore Expo, anjuran Mak Besar Pte Ltd. Alhamdulillah, kutipan derma dan wakaf yang kami terima sepanjang acara tiga hari itu amat memberangsangkan.

Pada awal Mac 2024 pula, Madrasah Wak Tanjong telah menganjurkan Rumah Terbuka di samping mengadakan acara ala Ujian Kemasukan Madrasah (MET), atau ‘Madrasah Entrance Test’, untuk persediaan bakal murid darjah satu melangkah ke madrasah sepenuh masa. Pelajar-pelajar ini telah merasai suasana ujian MET yang sebenar. Penyertaan waris murid juga amat menggalakkan, malah ada permintaan agar ujian ala MET ini diadakan setiap tahun.

Melalui acara Rumah Terbuka itu juga, kami membuka ruang untuk waris dan orang ramai melihat program-program pembelajaran dan subjek yang disediakan daripada setiap jabatan.

Acara ini juga diserikan lagi dengan persembahan menarik murid-murid, dan mini bazar juga disediakan di kawasan kantin. Sambutan daripada pengunjung di luar dugaan sehingga semua pegerai dapat menghabiskan jualan mereka pada hari tersebut.

Pada setiap Ramadan, kami juga mengadakan jualan kurma amal, dan semua kurma ini juga habis terjual sebelum Syawal tiba. Sempena Aidiladha, kami turut meneruskan kegiatan mengadakan korban di luar negara, khususnya di Indonesia dan Kemboja.

Acara terbaru yang kami adakan ialah ‘Zikr Rasul’ pada September 2024 lalu. Alhamdulillah, sambutannya lebih meriah daripada tahun lalu dengan adanya acara pertandingan Musabaqah Tahfiz Al-Quran antara madrasah sepenuh masa dengan institusi tahfiz di Singapura.

Bagi menutup tirai projek Nur Ala Nur bagi 2024 ini, kami bakal mengadakan jualan nasi beriani amal, yang akan berlangsung pada Ahad, 29 Disember 2024. Kupon-kupon amal telah kami edarkan kepada pegawai dan pelajar kami.

Sekotak nasi beriani ini berharga $12 dolar. Nasi beriani amal ini disediakan oleh Haji Alauddin daripada Masjid Khalid. Hanya nasi beriani kambing ditawarkan. Orang ramai yang berminat ingin menyokong dan memiliki kupon-kupon tersebut, boleh menghubungi pihak madrasah atau terus ke pejabat masjid pada waktu pejabat.

Penulis merupakan mudirah di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

Anda boleh menderma dengan menggunakan PayNow: UEN S55MM0002D atau hantar cek atas nama ‘Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah’.

Langsung ke pejabat Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah di alamat 589 Sims Avenue Singapura 387600.

Kunjungi Facebook@MWTI Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah untuk mengikuti perkembangan terbaru madrasah.

Hubungi talian 6741-0131 atau e-mel kepada mwti@mwti.edu.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg